KIRIMAN TERHANGAT

Puisi

27 Nov 2018

Pemilik Adtim Berkongsi Rezeki

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

PAKA : Di dalam dunia perniagaan yang serba mencabar pada hari ini, ia tidak mematahkan semangat Lailatu Zainab untuk meneruskan perjuangan bagi membuka peluang kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi rezeki dalam perniagaan yang diusahakan.

Baginya, karier sebagai penjual tudung ini juga boleh meraih pendapatan. Beliau menyediakan pelbagai koleksi tudung-tudung yang menarik untuk para pelanggan. Selain itu, beliau juga mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua orang. Begitu juga dengan orang ramai diharapkan dapat memberikan sokongan dan galakkan kepada peniaga sepertinya agar dapat bersaing secara sihat di dalam industri ini.

Laila ingin berjaya bersama anda

Dengan tertubuhnya Adtim Collection sekurang-kurangnya dapat membantu orang ramai mendapatkan tudung-tudung yang menarik dan berkualiti di samping harganya yang berpatutan. Anda boleh memilih berpandukan senarai yang disediakan.

Kepada anda yang berada di sekitar Dungun dan di mana-mana sahaja, boleh menghubungi Puan Laila untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen kepada Adtim Collection, Puan Laila dangat mengalu-alukan kehadiran anda. Talian untuk berhubung : 0172754762 (Call) 016-930 8480 (Whatsapp).








7 Nov 2018

DUNGUN : Profil Tuan Guru Haji Bidin

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Wau, Dungun. 

Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.Setelah itu beliau berhijrah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali.

Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi.Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun.

Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok. Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. 

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat atau keistimewaan yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun. 

Al-Fatihah.

Sumber : Rakan Sejarah Dungun

ADTIM Collection Bukan Biasa-Biasa

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Sempena bulan kelahiran, pihak ADTIM Collection mengadakan suatu yang isitimewa untuk anda. Menepati citarasa pilihan anda. Ianya menarik dan terbaik.


ADTIM COLLECTION mengadakan SHOCKING SALE!!!!

Shawl CORNSKIN hanya RM11 sehelai !
๐Ÿ”นPelbagai warna yg menarik
๐Ÿ”นAnti kedut
๐Ÿ”นMaterial kulit jagung
๐Ÿ”นKain yang selesa

Tekan link dibawah untuk order๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Cepat-cepat LOCK ORDER anda!!!!

 Pelbagai pilihan menarik. Citarasa unggul !






Zura Asyfar Hasilkan Karya Terbaru

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNIA BUKU : Penulis yang berasal dari Paka Dungun yang sekian lama menyepi kini muncul dengan sekuel Novel Sebenarnya Saya isteri Dia! 2 ini bakal menemui pembaca tidak lama lagi. Nantikan kemunculan buku terbaru beliau.


Beliau kini telah membuka akaun Facebook baru setelah FB lamanya terdapat masalah yang tak dapat dielakkan. Anda boleh berhubung dengan beliau melalui akaun media sosial barunya ini. Zuraa Rizqha

SSID pertama telah diadaptasi ke kaca TV dalam Slot Zehra TV3 yang telah ditayangkan pada 29 Mac 2013 lalu mendapat rating tontonan yang begitu memberangsangkan. Lakonan Izzue Islam yang digandingkan bersama Tiz Zaqyah berjaya memukau penonton.




5 Nov 2018

Pena Padu Membantu Penulis Baru

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNIA BUKU : Penulis-penulis baru tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun, bukan senang untuk bergelar penulis prolifik. Walau bagaimanapun untuk menghasilkan karya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan.

Bagi penulis yang ingin karyanya diterbitkan sudah tentu perlu memenuhi beberapa krateria yang penerbit inginkan. Jika tidak menepati kehendak, sudah tentu karya tersebut akan ditolak dan akan menyebabkan semangat seseorang penulis itu turun.

Seseorang penulis juga disarankan agar tidak terlalu ghairah untuk melihat karyanya diterbitkan supaya tidak terperangkap dengan pihak yang telah mengambil kesempatan. Perkara tersebut pernah berlaku dan diharapkan supaya penulis baru tidak terleka dengan insiden seumpama itu.

Di sini, Pena Padu adalah sebuah rumah penerbitan yang membantu penulis pemula yang ingin menulis bersama. Menurut penerbitnya, Tuan AC Jaffrie, Pena Padu menerbitkan karya penulis-penulis baru di dalam bentuk komplot menulis. Karya-karya mereka digabungkan di dalam tema sesebuah antologi cerpen.

AC Jaffrie

Penulis baru atau pemula akan dibantu dan dibimbing oleh penyelenggara sampai karya mereka diterbitkan. Penyelenggara seram dan thriller yang aktif bersama, Asraf Shaari berkata, jika seorang penulis itu memberikan komitmen dan menulis sampai siap mengikut masa yang ditetapkan, maka di situ dapat dinilai bahawa penulis tersebut mampu pula menghasilkan novel. Penulisan cerpen merupakan titik tolak bagi seseorang penulis baru belajar memperbaiki kelemahan.


Pena Padu mula mengorak langkah sejak 2016 lagi dan sehingga kini telah menerbitkan 48 judul buku. Pena Padu juga telah membantu penulis baru sehingga berjaya menulis novel. Penerbitan ini tidak mengikat mana-mana penulis yang ingin bernaung dengan rumah penerbitan lain. Pena Padu merupakan landasan awal untuk mereka yang ingin menceburi bidang penulisan.

Khairul Khar seorang penulis baru yang berasal dari Dungun
turut berkomplot dalam antologi yang bakal diterbitkan pada November 2018 ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah penerbitan ini, boleh singgah ke pautan pages rasmi mereka, Penerbitan Pena Padu di FB Pages. - SD



3 Nov 2018

Paling Tidak, 6 Bulan Sekali

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Bercakap soal kesihatan, kita tak dapat lari dari pemakanan. Penyebab utama penyakit yang dialami berpunca dari makanan yang kita ambil. Jika tidak dikawal dengan baik maka badan kita mudah diserang pelbagai penyakit.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi paling tidak pun setiap enam bulan, sekali tu elok pergi berbekam. Bekam ni adalah sunnah. Buang darah kotor dalam badan. Alahai... jangan takut, mudah sahaja.

Bagi mereka yang pernah berbekam pasti tahu kesannya bagaimana. Sangat menakjubkan. Tetapi kena ingat, kalau nak berbekam tu biarlah menyeluruh barulah ada kesan yang baik. Jangan satu cup dua cup sahaja, rasanya itu tidak berbaloi.

Darah dalam badan kita memerlukan ruang untuk beredar dengan sempurna. Jika terdapat darah yang kotor sertak toksin dalam badan juga terlalu tinggi, maka pengalirannya tidak bagus. Pengaliran darah tidak lancar seringkali berpunca dari bekalan oksigen tidak sempurna. Salur darah tersumbat mengakibatkan kita sering lesu dan mudah diserang penyakit.

Semua itu tak perlu risau selagi kita mengamalkan kehidupan sihat dan berbekam. Bukan hari-hari pun, tetapi paling tidak enam bulan sekali atau dua bulan sekali. Insya-Allah, kesannya sangat mengangumkan.

Selain itu, urutan badan juga boleh dilakukan. Hal ini membantu rangsangan pada urat yang tegang supaya tidak mendapat tekanan yang tinggi. Kita akan lebih relaks dan tenang.


Anda boleh merasai pengalaman bekam dan urut refleksologi ini bersama pakar Urut & Bekam berpengalaman iaitu Encik Padzi Hamid. Beliau banyak membantu mereka yang memerlukan. Disamping itu juga, bagi mereka yang mengalami masalah sakit tulang belakang, Insya-Allah... beliau akan membantu merawatnya.

Hubungilah Encik Padzi untuk berbuat temu janji dengan beliau agar anda tidak ketinggalan mendapatkan rawatan alternatif ini. Talian : 019-3498545

Lokasi premis : Gong Pasir


1 Nov 2018

Omela Terus Mengorak Langkah - Jamillah Abdullah

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



DUNGUN : Founder produk kesihatan Omela tidak menoleh ke belakang lagi. Peluang yang diberikan digunakan sebaiknya bagi mendapat tempat di dalam pasaran global. Usaha keras mesti dilakukan agar apa yang dilakukan selama ini berhasil.

Usahawanita iaitu Puan Jamillah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Jay, berasal dari kampung Sura Hujung, Dungun begitu tekun bagi memastikan perjalanan produk ini berlangsung baik. 

Apabila ditanya, apakah produk terbaik Omela? Beliau menjawab, Sabun Garam Bukit Kak Jay merupakan produk terbaik yang pernah dihasilkan. Ini membuktikan bahawa penggunannya sangat efektif bagi merawat penyakit kulit. Tetapi tegas beliau, jika pengguna tidak mengawal pemakanan maka ia menjadi kurang berkesan.






















Selain daripada itu, Omela Skin Care turut menyediakan beberapa jenis produk seperti Garam Bukit Pure dan Bie Skin Balm. Produk-produk ni selamat digunakan serta berkesan bagi mereka yang mengamalkan dengan cara yang betul.



Bagaimana cara untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut mengenainya? Mudah sahaja, anda ke FB Page Omela, klik [di sini] Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah anda.


Info Omela Skin Care


Omela Skincare merupakan sebuah jenama yang bernaung di bawah syarikat Melze Empire Holding Sdn. Bhd.

Rangkaian produk yang dihasilkan Omela khusus untuk penderita Eczema dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Rangkaian produk Omela juga sesuai untuk digunakan sebagai alternatif bagi merawat lain-lain masalah kulit dan amat sesuai digunakan sebagai produk penjagaan harian wajah dan juga bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat kronik.

Rangkaian produk Omela adalah bebas dari sebarang kimia berbahaya dan sesuai digunakan semua peringkat usia.

Isu Haiwan Ternakan Tak Sudah Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Perkara berbangkit membabitkan haiwan ternakan berkeliaran masih lagi belum menemui penyelesaian. Seharusnya pihak PBT lebih peka mengenai keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Sekiranya berlaku apa-apa kemalangan serta kerugian yang melibatkan nyawa dan harta benda, sudah tentu ia menimbulkan ketidakpuasan hati mereka yang berkenaan.

Lokasi : Kg. Serdang

Sangat menghairankan, kenapa tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terbabit membiarkan haiwan ternakan mereka sebebas-bebasnya? Para penternak pula diminta supaya tidak mementingkan diri sendiri. Hal ini adalah, haiwan ternakan mereka sering merosakkan tanaman dan membuat kotor serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.


Lokasi : Kg. Sura Hujung

Rentetan itu, pihak PBT disarankan agar tidak pilih bulu. Tindakan susulan perlulah dilakukan agar tiada sebarang insiden yang tak diingini berlaku. Oleh itu, tidakan wajar mesti diambil ke atas mereka yang terlibat. Ini adalah kerana, sekiranya berlaku kemalangan melibatkan haiwan ternakan mereka, mereka pasti tidak akan mengakui bahawa itu adalah haiwan kepunyaan mereka.

Bagi mengelakkan hal tersebut terjadi, adalah lebih rasional haiwan ternakan jangan dibiarkan bebas. Denda atau kompuan yang setimpal atau lebih tinggi perlu dikenakan agar pengajaran dapat diberikan kepada mereka yang berdegil dan penting diri ini. Dalam soal ini juga mestilah tiada berkompromi di antara PBT dan juga para penternak dalam menanggani masalah ini.

Renungkan sejenak, bagaimana sekiranya berlaku kemalangan dan mengakibatkan kematian demi kematian atau kecederaan dan cacat kekal melibatkan ahli keluarga anda?  Renungkan agar semua dapat menilai dari sudut yang sama.

Dengan ini, diharapkan agar PBT dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan adil seadilnya agar nilai kesejagatan dan kehormonian dapat ditegakkan. - SD

28 Oct 2018

Siapa Mereka, KEPPAMIM & Persatuan Penjaja Dungun?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



DUNGUN : Ada beberapa persoalan mengenai dunia persatuan dan pertubuhan Melayu di Dungun ni. Yang diambil cakna buat masa ini adalah mengenai Persatuan Penjaja Dungun, dulu hebat kedengaran sampai nak dapatkan lesen jual berger tepi jalan pun kena memiliki lesen daripada pihak penjaja terlebih dahulu sebelum Majlis Perbandaran Dungun luluskan. Sekarang apa cerita?

Lagi satu, perniagaan yang berlangsung kini di pinggir-pinggir jalan, siapa yang sepatutnya memainkan peranan dan menjaga hak-hak mereka?

Persoalannya, apa kaitannya KEPPAMIM dan PERSATUAN PENJAJA dalam MPD? Ia dilihat bertentangan dengan landasan dan jalur perjuangan dan perlaksanaan. Jika KEPPAMIM mengenai kebajikan peniaga pasar malamnya, apa kena mengena peniaga yang lain yang beroperasi di siang hari yang dikatakan berada dibawah kelolaannya seperti PASAR BUAH juga tiba-tiba wujud di MUZIUM DUNGUN?

Di situ dilihat terdapat percanggahan. Ini bukan huraian panjang, secara am. Jelas, PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL TERENGGANU CAWANGAN DUNGUN banyak dinafikan haknya oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Semoga kita dapat merenungnya sejenak. Apa fungsi dan peranan kedua-duanya sebenarnya? Difahamkan terdapat keahlian orang yang sama berjawatan di dalam kedua-dua pertubuhan / persatuan ini.

Sekiranya persoalan ini dapat dijawab, mohon diperjelaskan agar tiada kekaburan yang berlaku lagi.


- sumber.



18 Oct 2018

Eu Gemilang 14 Tahun Bertahan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Ditengah-tengah kepesatan pertumbuhan kedai gunting, Eu Gemilang tetap bertahan dan masih mempunyai pelanggan baru dan tetap biarpun terdapat banyak kedai gunting baru kini tumbuh bak cendawan selepas hujan di daerah ini namun belum tentu dapat bertahan.

Ekonomi yang tidak menentu juga turut menyumbang kepada faktor persaingan dan kekurangan pelanggan. Walau bagaimanapun, kedai gunting Eu Gemilang tetap menjadi pilihan kerana perkhidmatan yang diberikan masih memuaskan dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Ini terbukti di atas pengalaman dalam memberikan perkhidmatan tersebut.

Menurut pengurusnya, Encik Muhammad berkata, Mutu dan kualiti perlu dijaga. Walaupun banyak persaingan namun servis kita tetap ambil berat kerana pelanggan berhak memilih. Bila mereka berpuas hati dengan servis, mereka akan datang lagi. Semestinya kita mengikut kehendak pelanggan.

Setakat ini, tiga lokasi kedai Eu Gemilang boleh ditemui berhadapan dengan Pejabat Jurutera JKR Dungun dan juga bersebelahan dan Bank BSN Paka serta di belakang Hotel IPM Dungun. SD difahamkan, Eu Gemilang merupakan perintis kepada kedai gunting bersistem lengkap berseragam pada awal kewujudannya sehingga sekarang.

Eu gemilang telah mewujudkan FB Pages sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini agar memudhakan pelanggan untuk mendapat info-info terkini. FB Page : EU Gemilang Barber Shop




Informasi

Perniagaan

Setempat

Semasa

 
Copyright © 2014. Suara Dungun
Designed By Suara Dungun