29 Sep 2014

Utama » » Dungun: Nostalgia Di Pantai Teluk Lipat, Sura Jetty

Dungun: Nostalgia Di Pantai Teluk Lipat, Sura Jetty

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Kini lembaran lalu dibelek. Pelbagai perkara berlegar-legar di ruang fikiran tentang masa lalu yang nan indah. Dengan hanya beberapa keping foto sahaja minda menangkap tabir rindu lalu filem hitam putih pun berputar ke layar jiwa. Sungguh masa itu pantas beredar sehingga tak terasa cepatnya kita meniti usia.



Di sinilah tercipta kenangan. Zaman kanak-kanak kita yang penuh warna warni. Kampung Sura Jetty merupakan tempat yang terulung waktu kegemilangan biji besi kerana di sini tempat laluan kereta api untuk ke pelabuhan dari Bukit Besi.



Kalau masa kecil, lepas pulang dari pasar malam, ada yang singgah di sini. Masa malam hari khamis. Tidak jauh dari tempat ini. Memang satu panorama yang indah. Kalau nak diikutkan ada di kalangan kita menyimpan gambar-gambar koleksi peribadi jadi kongsilah bersama kerana ia menjadi tersangat indah. Memori yang sukar untuk dilupakan,

Bak kata pengguna FB dari group Dungun:-


Walaupun kini perubahan berlaku, namun kenangan tetap di situ. Ia tak dapat diubah bahkan tidak akan pernah hilang. Ada yang temui cinta di situ, ada yang menangis di situ kerana kecewa dalam cinta dan ada yang mencari ketenangan dengan bermenung di atas serta ada juga sambil makan-makan atasnya. Tempat relaks dan santai Pantai Teluk Lipat, Sura Jetty kini tidak berupa pantai kerana tanah ditambun akibat hakisan yang berlaku.


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment