21 Sep 2014

Utama » » Gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan

Gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Dungun - Komuniti FB Dungun mengajurkan satu program khidmat masyarakat bagi membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya. Program tersebut bakal diadakan selepas mendapat maklumbalas dan kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Dungun.

Menurut pihak penganjur, program ini bertujuan memupuk nilai kerjasama dan perpaduan di antara Umat Islam serta bersama-sama kita mengingati kematian. Sesungguhnya kita semua adalah bakal jenazah yang akan dipanggil menghadap Ilahi pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira di mana, usia dan bagaimana.

Sesiapa sahaja boleh turut serta di dalam program sukarela ini. Dengan adanya program seperti ini, kita dapat menginsafi diri bahawasanya kita bukan sesiapa melainkan hamba kepada-Nya. - SDtv

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment