25 Sep 2014

Utama » » Kisah Benar Si Penjual Cendol Dungun

Kisah Benar Si Penjual Cendol Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Salam dan selamat petang kepada semua rakan di group FB Dungun dan terutama yang terjah dalam private message kita pada baru-baru ini. Saya minta maaf kerana baru sekarang ada masa terluang untuk menceritakan kepada umum mengenai kerjaya saya. 

Saya kelihatan seorang yang skema sahaja ketika bercerita di wall Facebook. Sebenarnya saya tidak pandai bercerita dan kali ini sempat diluangkan waktu untuk memenuhi permintaan orang yang meminta kisah saya ini dikongsikan. Saya ini bercerita seolah-olah mengarang kisah seperti budak sekolah rendah sahaja. Janganlah kata ini karangan novel, ya. 

Bismillah dan Assalamualaikum... 

Saya mula berniaga dengan menjual kiuh seperti apam balik, kuih purkis dan kuih tokyo pada 7 tahun lalu. Saya lupa tarikh sebenar memulakan perniagaan itu. Saya menjual kuih tersebut selama 3 tahun sahaja. Maklumlah ketika itu usia saya masih muda remaja. Terlalu mentah untuk berfikir jauh. Kebanyakan yang sertai saya adalah budak lepasan SPM sahaja. 

Selepas meninggalkan perniagaan tersebut, saya beralih pula kepada menjual cendol. Saya kini terlibat dalam bidang ini selama 4 tahun sehingga sekarang. Ketika itu, dengan semanis senyuman maka ibu saudara saya meminjamkan modalnya kepada saya sebanyak RM3k. Maklumlah sayalah anak saudaranya yang paling comel kut (hehe). Barangkali dia melihat kesungguhan saya maka dia berani pinjamkan kepada saya. Saya sudah biasa buat cendol ketika kecil dahulu. 

Dengan duit itu, maka penjualan cendol mula dijaja menggunakan sebuah motosikal beroda tiga ke Bandar Dungun. Pada ketika itu, keluarga sayalah merupakan tulang belakang pengusahaan ini. Niat di hati, pabila berjaya kelak, saya akan membalas segala jasa-jasa mereka yang sedia berkorban untuk saya dna perniagaan ini. 

Dahulu saya pernah buat cendol bersama pak cik saudara di Terengganu. Itulah asas yang saya terima maka jadilah ia seperti sekarang. Kebanyakkan peniaga yang menjual cendol di Terengganu terdiri daripada saudara mara saya. Pendek kata peniagaan warisan. 

Pertama kali saya menjual cendol ada di hadapan BSN. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Cendol yang dijual hanyalah berharga RM2 sahaja ketika itu. Para pelanggan memuji kelazatan cendol buatan saya. Ia satu perkara yang memberangsangkan saya untuk terus berusaha dan berusaha. Rahsia pelaris tiada dalam kamus hidup saya. Semua itu adalah dari berkat usaha saya sendiri. Kena tanamkan sifat rajin, ramah dan menjaga kualiti seni pembuatan untuk didagangkan. Itulah perkara paling penting. 

Kenapa tak muak? Kenapa mesti orang yang sama sahaja membelinya? Kenapa lemak begitu terasa? Kenapa perlu letak harga dengan senipembuatan mahal dari yang di pasaraya? Sebenarnya begitu rumit bagi yang baru mencubanya. Maaflah, Cuma ingin emnceritakan disebalik kisah itu. Bagi yang berpengalaman sudah tentu mudah untuk menjawabnya. 

Kita takkan khatam dalam mengkaji keunikan resepi tradisi kita. Seni pun berkait rapat dengan harga. Tanggapan saya terhadap orang yang mengatakan cendol saya ini sedap adalah sekadar menjaga hati sahaja, tetapi setelah melihat daripada hasil jualan hari demi hari, ia semakin bertambah. Tanggapan itu meleset sama sekali. Permintaan kian meningkat. Saya sering mendapat hasil jualan RM400 dan kadarnya sering berganda. Saya pun mula rasa segan dan malu pada pelanggan. 

Kadangkala saya terfikir juga, sampai bila mahu menjaja begini? Dari pagi kerja sampai petang. Ini kisha benar saya untuk dikongsi bersama anda. Sebab apa yang dinyatakan adalah dari pengalaman saya sendiri. Bukannya saya ni seorang yang pandai berniaga. Ketika itu saya baru berusia 25 tahun. Saya teruskan juga menjalankan pernigaan ini. Semakin lama semakin terbayang. Saya membayangkan ke mana halu tuju saya selepas ini. Setiap kali bangun tidur saya mesti turun ke dapur untuk siapkan cendol. Bila semuanya selesai barulah saya selesa bersarapan pagi. Keletihan tidak terasa kerana hasil yangs aya terima sangat berbaloi. 

Apa yang kita buat mestilah ikhlas untuk membantu keluarga. Dari situlah saya belajar untuk mengenali apa itu perniagaan. Nak kata sya ani banyak duit, taklah kut. Waktu itu saya masing bujang. Bak kata pepatah orang Minang, “Sabalun manikah, manikahan urang tuo ang dulu.” Maksudnya, “Sebelum kamu menikah, kamu perlu menikahkan orang tua kamu terlebih dahulu.” 

Apabila semuanya stabil, saya mula membuka cawangan sekitar Bandar Dungun. Semua itu saya lakukan dengan penuh ikhlas menggunakan duit poket saya sendiri. Sebenarnya ia terlalu letih kerana penghasilan cendol masih menggunakan tangan. Kerap kali saya memohon bantuan untuk dapatkan mesin pembuatan cendol tetapi sehingga sekarang masih belum mendapat jawapannya. Walau bagaimanapun saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan di group FB Dungun yang banyak memberikan sokongan dan suntikan semangat terhadap saya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menikmati hasil seni kami yang tak seberapa. Assalamualaikum. 

Dicerita oleh : Muhammad Asnawi Hassan


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment