30 Sep 2014

Utama » » Kuala Nerus Daerah Baru Di Terengganu

Kuala Nerus Daerah Baru Di Terengganu

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

KUALA NERUS telah menjadi daerah terbaru di Terengganu. Kuala Nerus menjadi daerah kelapan selepas Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.


Daerah baru itu nanti akan melibatkan 4 Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Batu Rakit, Seberang Takir, Bukit Tunggal dan Tepoh yang merangkumi dua mukim besar serta kira-kira satu pertiga daripada kawasan Kuala Terengganu

Pusat pentadbiran bagi Kuala Nerus mungkin di Gong Badak. Oleh itu, infrastruktur besar seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Stadium Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berada dalam daerah Kuala Nerus.

Kawasan pusat pentadbiran daerah Kuala Nerus akan meliputi keluasan 462.7 hektar yang bakal merangkumi penyediaan bagi kemudahan pentadbiran pelbagai jabatan dan agensi, premis perniagaan, perumahan, rekreasi, ibadat di samping bakal dilengkapi laluan 6 lorong.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment