24 Sep 2014

Utama » » Nasi Kerabu mantap harga

Nasi Kerabu mantap harga

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Menyebut isu barang naik sudah tentu ia berkait rapat dengan pemakanan. Hari-hari kita nak makan tambah pula makanan yang dibeli itu pula merupakan makanan kegemaran maka kecur lidah untuk menikmatinya. Namun, setiap kali kita ingin membuat pilihan, kita dilanda dilema yang berpanjangan iaitu mengenai harganya.

Klik gambar untuk besarkan imej

Terkadang ada para peniaga yang sesuka hati menaikkan harga kerana ingin menikmati keuntungan yang lebih besar dam berlipat kali ganda. Ada pula yang terpaksa naikkan harga kerana harga bahan mentah / basah melambung tinggi di pasaran. Namun kenapa terdapat segelintir peniaga yang masih mengenakan harga yang murah? Di sini dapat disimpulkan bahawa di kawasan tersebut adalah kawasan orang berduit, maka harga yang dikenakan mahal. Hakikatnya, bukan semua golongan atau penduduk di PAKA berpendapatan tinggi. Bagi yang berpendapatan tinggi memang tidak ada apa-apa halangan mengenai harga dan boleh diibaratkan umpama melepaskan 'batok di tangga'

Paka telah tersenarai kawasan yang mahal harga barangnya. Kawasan lain sekitar Paka turut mendapat tempias yang sama. Semakin hari semakin mahal. Pelbagai aspek mesti difikirkan, ia mengenai kenapa dan bagaimana? Isu Barang Naik memang isu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kita patut berfikir bagaimana ia bermula dan mengambil tindakan sewajarnya.

Kos sara hidup di kawasan berkenaan sangat tinggi. Ia memberikan tekanan dan bebanan kepada mereka yang kurang bernasib baik kerana mereka terpaksa membeli dengan harga yang sama. Oleh itu para peniaga dan pemimpin perlu mengkaji semula hal ini. Paka, Kerteh tersenarai dalam statistik kos sara hidup tinggi di Malaysia.

1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru

Sekian.


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Nasi Kerabu mantap harga
Designed By Suara Dungun