24 Sep 2014

Utama » » Pemilihan calon organisasi Komuniti FB Dungun

Pemilihan calon organisasi Komuniti FB Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Facebook Group Dungun adalah sebagai platform berkumpulnya warga Dungun samada yang tinggal di Dungun atau luar Dungun. Jumlah keahlian pada 24.9.2014 telah mencecah 18,000 orang yang menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan dan perkhidmatan secara online bagi memudahkan penduduk Dungun mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Di samping itu kita telah mencadangkan supaya komuniti ini bergerak ke arah yang lebih baik dengan mengadakan program-program amal secara sukarela dan kemasyarakatan di kawasan sekitar.

Kita telah mengadakan 2 kali program Silaturrahim dan ramah mesra sesama kita supaya kita saling kenal mengenal. Kemudian kita mencadangkan satu program amal iaitu 'Program Bersih Kubur Syed Yahya' yang dijangka diadakan pada bulan 10.2014. Jika sekiranya ramai yang bersetuju, kita akan teruskan. Jika kurang sambutan kita akan tangguhkan.

Untuk menjayakan program sedemikian, kita perlu bentuk satu kumpulan kecil yang terdiri dari beberapa orang ahli yang sanggup buat kerja secara percuma malah sanggup keluar belanja sendiri demi untuk memastikan program yang akan dibuat berjalan dengan jayanya. Maka kita wujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan "Jawatankuasa Kerja Komuniti FB Dungun (JKKKFBD)" atas inisiatif sendiri.

JKKKFBD terdiri dari;
1) Penyelaras
2) Setiausaha 
3) Bendahari
4) AJK 1
5) AJK 2
6) AJK 3

Untuk mengelakkan dari dikata orang sebagai "gila kuasa" saya mencadangkan supaya dibuat pemilihan untuk mengisi kekosongan dalam JKKKFBD. Ahli boleh mencadangkan sesiapa yang difikirkan layak dan ahli boleh melantik diri mereka sendiri.

Sekian ... Sila bincangkan perkara ini.

Terima kasih.

p/s Sila abaikan jika anda tidak bersetuju. Kalau boleh elakkan dari rasa tak puashati dengan kerja sukarela orang lain, elakkan dari pandangan negatif dan buruk sangka terhadap orang lain.

Atau jika ada pandangan lain yang lebih baik sila kemukakan di sini. - Cikgu Saari

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment