30 Sep 2014

Utama » » Uncle Bai Maju Setapak Lagi

Uncle Bai Maju Setapak Lagi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Peniaga Melayu ini memula perniagaannya pada Mac 2014 dan sambutan yang diterimanya sangat memberangsangkan. Baihaqi Ismail seorang yang bercita-cita mahu memperkembangkan lagi peniagaannya. Dengan bermodalkan RM2,000.00 beliau memulakan niatnya untuk menjual produk berasaskan makanan iaitu Fried Chicken. Apa yang isitimewanya di sini adalah, beliau membuat sendiri adunan rempahnya.

"Beberapa kali saya mencuba dan akhirnya saya temui ramuan rahsia saya." Katanya. Perbezaan rasa yang dipersembahkan amat menarik minat para pelanggan mencubanya. 

"Saya suka makan bersama nasi goreng." Beritahu pelanggan yang berkunjung di situ yang merupakan salah seorang pelajar UiTM Dungun.

Selain daripada rasanya yang menarik minat para pelanggan untuk berkunjung malah layanan yang diberikan turut memuaskan. Keadah mesra pelanggan dan murah dengan senyuman menambat hati pelanggan.


Anggota kumpulan A to Z iaitu Lan tidak melepaskan peluang untuk menikmati kelainan rasa ayam yang dipersembahkan oleh Uncle Bai Friend Chicken ini. Turut mencubanya seorang ilmuwan agama yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood turut berkunjung. Selain rasa, harga pula amat berpatutnya. Kepada para pelanggan, ia sungguh berbaloi untuk dinikmati.


Kepada pembaca di luar sana yang ingin mencubanya boleh datang ke Jalan Lapangan Terbang, Sura Hujung manakala Cawangan terdekatnya kini berada di dalam kampus UiTM Dungun.




Uncle Bai Fried Chicken turut mengundang pembaca untuk ke Fan Page miliknya. Jadi jangan lupa singgah ke Facebook beliau. UNCLE BAI FRIED CHICKEN

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment