10 Oct 2014

Utama » » Aduan berbau provokasi

Aduan berbau provokasi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Terdapat banyak kiriman yang tertebar luas di dalam laman sosial namun di antaranya berbau hasutan dan banyak menimbulan provokasi khususnya di dalam Group FB Dungun yang melibatkan sektor pemakanan. Hal ini terjadi di atas serangan peribadi yang boleh mendatangkan masalah kepada golongan peniaga yang sedang dalam proses meningkatkan mutu dan perkembangan perniagaannya.

Sesuatu komplin sebenarnya boleh disalurkan terus kepada peniaga tersebut dan bukannya menghentam seseorang peniaga itu. Para peniaga tidak hanya menerima pelanggan offline bahkan turut menerima kunjungan dari pengguna laman sosial ini (Facebook). Kita bukan bermain silap mata tetapi kita sedang berhadapan dengan sebuah realiti kehidupan di dalam jalur lebar.

Tidak adil rasanya golongan pengadu pantas membuat penilaian yang hanya sekadar kesilapan kecil yang boleh ditegur secara berhadapan sebenarnya. Namun, pemikiran yang cetek telah menerajuinya untuk bertindak melulu tanpa usul periksa. Tanpa memikirkan perasaan orang lain juga membuatkannya terus memuat naik status ke dalam group bagi meraih perhatian dan sekali gus memburukkan imej peniaga. Tidakan itu seolah-olah satu hasutan yang lahir dari perasaan yang tidak puas hati dirinya sahaja.

Sungguh tidak wajar hal itu dibiarkan berleluasa oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab itu. Terdapat di antara pengguna facebook yang begitu lantang menutur ayat bagi menjatuhkan maruah orang lain. Kes ini mesti dipantau kerana ada yang terus memandang serong walhal tidak mengetahui kisah sebetul-betulnya. Pihak Admin group mesti bertanggungjawab bagi menjaga keadaan ahli-ahliny agar ia tidak terus terjerumus ke gaung perselisihan faham yang membenihkan perpecahan.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Aduan berbau provokasi
Designed By Suara Dungun