1 Oct 2014

Utama » » Char Kuey Teow Yang Tersembunyi

Char Kuey Teow Yang Tersembunyi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Dungun: Keenakan dan kelazatan rasa Char Kuey Teow tidak dapat dinafikan. Bagi penggemar makanan berkenaan sudah tentu tertanya-tanya di manakah lokasi berikutnya untuk diterjah. DJARIZ nama perniagaan keluarga telah diusahakan tidak berapa lama. Ia mula beroperasi pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

Premis perniagaan begitu unik. Ia tidak dijalankan di kawasan laluan utama tetapi sebaliknya ia diuruskan di dalam halaman rumah sahaja. Namun, lokasi tidak mengubah rasa Char Kuey Teow masakan Naqiu Mohamad 22 tahun yang merupakan anak ke tiga daripada tujuh orang adik beradik. Seorang anak muda yang suka memasak sejak tahun 2011 lagi. Beliau membantu ibunya, Ariza Sarwa binti Zakaria di premis berkenaan yang terletak di, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung. Waktu perniagaan bermula dari pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam.



Lokasi yang dilukiskan sendiri oleh pemilik kedai 
bagi memudahkan para pelanggan baru untuk berkunjung.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment