10 Oct 2014

Utama » » DUNGUN: Tiada persaingan, harga lesen memandu menjadi mahal?

DUNGUN: Tiada persaingan, harga lesen memandu menjadi mahal?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Semenjak akhir-akhir ini kita seringkali dikejutkan dengan kadar kenaikan harga barang termasuklah minyak. Tidak ketinggalkan juga harga untuk mendapatkan lesen memandu yang kian meningkat. Di Dungun amnya, hanya terdapat satu sahaja pusat memandu dan ia satu-satunya tumpuan penduduk untuk mendapatkan lesen berkenaan.

Harga terkini yang dianggarkan mencecah RM1700 bagi lesen kelas B2, D. Mungkin jumlah tersebut tidak menjejaskan kewangan mereka yang berpendapatan tinggi namun tidak bererti mereka turut merelakan. Hal yang berlaku, ramai anak-anak muda remaja gagal memiliki lesen memandu kerana masih berkira-kira untuk menanggung kos sedemikian. Kadar ini amat berbeza di tempat-tempat yang lain yang jauh lebih murah.

Banner iklan dari Institrut Memandu Ganda, di Rusila Marang menawarkan harga istimewa, 
Iklan ini di gantung di Daerah Dungun.

Seandainya di daerah ini memiliki lebih dari satu institut memandu, barangkali kadar tersebut akan berubah kerana wujudnya persaingan. Kos sara hidup kian meningkat dari masa ke semasa dan ia tidak diketahui sampai bila kemelut yang melanda ini akan berakhir.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment