2 Oct 2014

Utama » » Facebook: Group Dungun Makin Kencang

Facebook: Group Dungun Makin Kencang

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Kini segalanya di hujung jari begitulah teknologi hari ini. Seiring dengan perkembangannya, Facebook laman sosial yang sangat popular kini digunakan sebagai medium untuk peniaga mempromosikan produk-produk mereka. Selain itu, warga Dungun juga turut berkampung di dalam sebuah group yang dinamakan Group Dungun yang kini mempunyai ahli hampir mencecah 20k.


Sehingga sekarang kumpulan itu aktif dan sentiasa berbincang mengenai topik-topik hangat. Maklumat penting juga dapat disalurkan dengan cepat dan pantas sekaligus memudahkan para pengguna lain menerima maklumbalas. Group ini bergiat aktif dengan menubuhkan satu komuniti yang bergerak secara aman dan mengatur pelbagai aktiviti demi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga pengguna yang menetap di kawasan Dungun ini.

Bertemakan Sayangi Dungun telah melahirkan semangat cintakan negeri dan tempat sendiri demi mengukuhkan perpaduan. Penyelaras Komuniti FB Dungun, Cikgu Saari sentiasa mengatur dan merencanakan program yang terbaik untuk ahli ke arah yang lebih positif. Tidak ketinggalan juga AJK turut sedia membantu melancarkan lagi perjalanan program. Kerjasama daripada ahli group sangat penting dan beliau yakin bahawa warga Dungun sangat ramah dan spoting.


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment