10 Oct 2014

Utama » » Perlukah setiap kali membentangkan bajet, bonus penjawat awam diberikan?

Perlukah setiap kali membentangkan bajet, bonus penjawat awam diberikan?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Bonus untuk penjawat awam diumumkan dalam belanjawan tahunan Malaysia saban tahun diakui memberikan kegembiraan kepada sektor awam, namun ianya membangkitkan persoalan: adakah pemberian bonus itu akan menjadikan keseluruhan penjawat awam melaksanakan tugas mereka dengan baik? 

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, Malaysia membelanjakan 33% daripada belanjawan tahunan untuk pembangunan sejak sedekad lalu. Namun, hari ini perbelanjaan pembangunan hanya meliputi sekitar 20%.

Angka 33% itu antara 1998 hingga 2001, sebelum jatuh ke 26% antara 2002 hingga 2008 dan terus menurun ke 23% (2009-2011), dan akhirnya, 20% (2012-2014).

"Perbelanjaan bagi pembangunan infrastruktur, kapasiti dan teknologi semakin berkurang saban tahun."

Sejak tiga tahun lalu, jumlah yang dibelanjakan bagi gaji penjawat awam menyamai dan kemudiannya menjadi lebih besar daripada jumlah untuk pembangunan, menurut dokumen Kementerian Kewangan.

Pada 2012, sejumlah RM52 bilion digunakan untuk gaji dan pendapatan penjawat awam atau "emolumen" berbanding RM51.2 bilion yang digunakan untuk pembangunan. Jumlahnya membentuk 22% daripada keseluruhan belanjawan negara.

Pada 2013, sejumlah RM58.6 bilion atau 23% daripada belanjawan digunakan untuk membayar emolumen dengan hanya RM49.7 bilion digunakan bagi pembangunan.

Jumlah emolumen kemudiannya meningkat kepada RM63.6 bilion pada 2014 atau 24% daripada belanjawan. Manakala dana pembangunan mengecil kepada hanya RM46.5 bilion.

Pertambahan pembayaran emolumen dilihat selari dengan pertambahan jumlah penjawat dalam sektor awam.

Menurut Lee, daripada 2004 hingga 2012, kadar penggajian pekerja sektor awam daripada keseluruhan penggajian, meningkat daripada 9.86% kepada 10.04%.

"Sepanjang tempoh ini, anggaran saya menunjukkan kadar penggajian penjawat awam meningkat sebanyak 3.31% setiap tahun, manakala kadar penggajian sektor swasta meningkat 3.05% setahun.

Perkhidmatan awam atau swasta?

Jadi, adakah jumlah tenaga kerja sudah menjadi terlebih besar?

Lee berkata memandangkan Malaysia mahu menjadi negara dengan ekonomi berasaskan perkhidmatan, ia memerlukan jumlah penjawat awam yang besar.

Malah ada yang berpendapat jumlah penjawat awam di Malaysia tidak terlalu besar.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, anggapan sedemikian timbul disebabkan cara negara ini mendefinasikan kakitangan kerajaannya.

Menjelang pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini, jaminan yang akan diberi perdana menteri yang juga menteri kewangan dalam usaha meningkatkan kecekapan kerajaan akan menentukan sama ada beliau akan mendapat lebih cemuhan atau sorakan apabila mengumumkan bonus untuk penjawat awam. – 6 Oktober, 2014. - Malaysian Insider

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment