4 Oct 2014

Utama » » Sweden iktiraf Palestin, AS beri amaran

Sweden iktiraf Palestin, AS beri amaran

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

STOCKHOLM: Perdana Menteri baru Sweden mengumumkan negaranya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara semalam.

Langkah pengiktirafan itu menjadikan Sweden sebagai negara pertama Eropah Barat dalam Kesatuan Eropah (EU) yang membuat keputusan demikian.

Pemimpin Parti Sosial Demokrat Sweden Stefan Loefven, yang memenangi pilihan raya umum negaranya baru-baru ini berkata tindakan negara Nordic itu adalah sebagai tunjang kepada penyelesaian konflik dua negara Israel dan Palestin.

“Penyelesaian bagi dua negara ini memerlukan satu pengiktirafan yang akan membawa kewujudan keamanan yang sama,” kata Loefven dalam ucapan beliau di parlimen negara itu.

Parti Demokrasi Sosial sebelum ini meletakkan dalam manifestonya “Jenayah perang Israel perlu disiasat dan kedudukan Gaza perlu diangkat."

Washington dalam reaksinya melabelkan tindakan Stockholm itu sebagai “tidak matang” tatkala warga Palestin menyambut baik dengan keputusan yang dianggap berani itu.

“Kami percaya tindakan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara di peringkat antarabangsa adalah satu tindakan yang tidak matang,” kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki kepada wartawan.

Beliau berkata AS sememangnya menyokong kewujudan Palestin sebagai sebuah negara hanya sekiranya satu penyelesaian dan kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Israel-Palestin).

Sebelum ini tujuh negara EU di Eropah Timur dan di Mediterranean telah mengiktiraf wilayah Palestin iaitu Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Malta, Poland dan Romania.

Anggota bukan EU Iceland, adalah satu-satu negara di barat Eropah yang mengiktiraf Palestin.
Berdasarkan rekod AFP, sebanyak 112 negara telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Perunding kanan Palestin Saeb Erakat dalam reaksinya berkata negara-negara EU yang lain perlu mencontohi tindakan Sweden.

“Kami berharap kesemua negara EU mampu mengambil tindakan yang berani seperti Sweden kerana tiada sebab untuk tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara,” kata beliau di Ramallah, Tebing Barat.


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment