22 Oct 2014

Utama » » Wani Sticker Design Sahut Cabaran

Wani Sticker Design Sahut Cabaran

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Bermula dengan pengalaman kerja selama 4 tahun dengan salah sebuah syarikat, kini beliau membuka sendiri perniagaan sticker dan membuat plate kenderaan. Wani Sticker Design mengorak langkah baru dengan membuka premisnya di No. 743 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung, 23000 Dungun Terengganu yang telah beroperasi awal Oktober 2014. Anak muda bernama NUR SYAZWANI BT AWANG ILAH yang berusia 23 tahun ini mencabar diri sendiri untuk memajukan perniagaan ini.

Wani
Katanya, "Dengan pengalaman yang ada, saya akan memastikan kualiti kerja saya di tahap yang baik." Selain itu, ayahnya Awang Ilah menjadi pemangkin semangat buat dirinya. Ibunya turut memberikan sokongan terhadap usaha dan bakat yang dimilikinya. Ia satu perkembangan positif untuk anak muda berkecimpung dalam bidang ini. "Golongan muda yang ingin berniaga mestilah diberikan galakan serta sokongan dan bukannya menghalang usaha mereka untuk mencuba." Kata Awang Ilah.

Para pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di Wani Sticker Design yang terletak jalan yang menghala ke UiTM Dungun Terengganu. Harga Promosi sedang berlangsung. Boleh hubungi Wani ditalian 019-944 9394
Awang Ilah

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment