31 Jan 2015

Utama » » Awek pesan jangan merokok!

Awek pesan jangan merokok!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Salam. Apa khabar orang-orang Dungun kita? Pasti hebat dan sihat selalu. Kita nak terjah mengenai posting sahabat kita bertanyakan pendapat tentang kaedah untuk berhenti merokok. Kita boleh kongsi tetapi selebihnya kena usaha sendiri. Sebenarnya banyak sangat artikel dan cara untuk berhenti merokok cuma kita malas nak baca dan amalkan. Tapi kita yakin, orang yang baca adalah orang yang memang hebat sebab berusaha untuk berubah, tak gitu?


Begini saudara, kalau nak berhenti merokok tu sebenarnya mudah, sama ada nak dan tak nak sahaja. Kita alihkan perkara lain dari beli rokok contohnya BERSEDEKAH, ada juga faedahnya di akhirat kelak. Ikhlas ke tak ikhlas tu belakang cerita sebab ikhlas akan datang kalau tak diungkit. Sambil bersedekah tu niatlah dalam hati yang kita ni nak berhenti merokok, minta ALLAH makbulkan.


Tapi kan, kita ni pelik sebenarnya... ada orang cakap susahnya nak berhenti merokok. Ya memang susah sebab tengoklah siapa kawan-kawan kita? Kalau kita asyik mendekati orang yang merokok, risikonya lagi tinggi untuk dapat lebih penyakit. Mahu tak, yang dihisapnya sedikit dihembusnya lebih. Kalau kerap hidung tu menyedutnya lama kelamaan mendatangkan masalah kesihatan.

Baiklah, cuba ambil pen dan kertas, senaraikan seberapa banyak kebaikan merokok dan seneraikan juga seberapa banyak keburukkan dari merokok. Bandingkan, kalau kebaikannya lebih maka bersama-samalah kita bangunkan negara dengan hasil tembakau ini yang jelas merupakan salah satu sumber utamanya. Kan? "Kalau tak hisap rokok boleh stress." bak kata orang yang baru beberapa minit sahaja berhenti. Cuba bayangkan betapa stressnya bayi yang baru lahir kalau anda hisap rokok dekat dengannya cuma dia tak boleh nak beritahu aje. Malah di tempat-tempat awam khususnya, seolah-olah udara yang diberikan ALLAH merupakan kepunyaan si perokok 100% untuk bebas merokok tanpa mempedulikan masalah kesihatan orang lain. Itu lebih stress tapi nak buat macam mana, benda tu duk mengalir dalam darah dan disalurkan ke otak, kalau begitu bentuknya maka itulah kelakuannya.

Untuk berubah memang memerlukan KESABARAN. KESEDARAN mesti berada di tahap maksimum dan bukannya biasa-biasa sahaja. Baru 'stop' beberapa jam dah mengalah. Itu belum lagi sebulan. Mula-mula memanglah payah, tapi  lama kelamaan ia kembali normal daripada hidup yang sebelumnya yang lebih ke arah membinasakan diri sendiri dan orang lain. Anggaplah pesanan dari awek anda itu adalah perkara yang positif sebagai pemangkin kesihatan anda yang cemerlang. Orang tegur tu tandanya orang masih pedulikan kita, kalau orang dah tak tegur tu maknanya orang mungkin mula benci atau menyampah. Renung-renungkanlah...



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment