11 Jun 2015

Utama » » Menghidupkan sunnah sukan memanah

Menghidupkan sunnah sukan memanah

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

BALAI BESAR, Dungun - Sukan memanah mula diberi perhatian oleh masyarakat kita terutama sekali golongan kanak-kanak yang kian tertarik. Sememangnya ia merupakan permainan yang terbaik bagi umat Islam sejak dari dulu lagi. Namun, sesetengah daripada kita memandang remeh. Sungguhpun begitu, kesedaran mesti dipupuk agar setiap daripada kita tahu akan kepentingannya.


Nasri Bin Musa merupakan salah seorang pemuda yang menceburi sukan memanah ini sejak 6 tahun lalu dan kini beliau bergiat aktif dengan mewujudkan kelas latihan di kawasan yang lapang. Kata beliau, "Seandainya peperangan berlaku, adakah kita bersedia untuk bersikap berani mempertahankan agama dan tanah air?" Tambahnya lagi, sukan ini begitu penting bagi umat Islam kerana di negara barat, mereka amat mengambil berat mengenai hal ini selain daripada penggunaan senjata api.

Terdapat salah faham di antara kita hingga ke hari ini tentang persoalan, "Adakah ia memerlukan lesen?" maka jawab Encik Nasri, "Ia merupakan sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W. dan apakah perkara sedemikian perlu diaktakan? Selagi mana negara kita merupakan sebuah negara Islam maka penggunannya dibolehkan." Kalau mahu dilibatkan aspek keselamatan, pisau lipat yang dijual dekat mana-mana kedai pun boleh membunuh.

Sukan memanah cara tradisonal begitu menguji kemahiran dan ia amat mencabar. Bagi kita yang tidak faham, mungkin akan mengatakan permainan ini ketinggalan zaman. Sungguhkah begitu? Bagaimana pula dengan perminan barat berbentuk video yang banyak melemahkan pemikiran kita? Jika direnungkan bersama-sama, kemodenan pada hari ini telah banyak melalaikan kita dan menjauhkan kita dari sunnah sehinggakan kita merasakan ia tidak relevan dipraktikan pada peredaran masa hari ini.

Persoalannya, sebagai umat Islam, apakah kita benar-benar faham apa itu sunnah? Kalau kita mengerti maka usahlah kita mempertikaikannya... seandainya kita mula celupar maka kita seolah-olah menafikan hal yang dianjurkan oleh nabi kita sendiri.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba atau mahu mempelajari asas memanah ini boleh terus menghubunginya di talian 019-9414 233 dan boleh juga klik ke fan pages Facebook Eastern Shadow Dungun Archery.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment