13 Jun 2015

Utama » » Orang kita kuat makan

Orang kita kuat makan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Jika kita perhatikan betul-betul, di tempat kita ni (Dungun) banyak kedai makan, restoran dan kedai-kedai kotok merah. Ia satu perkembangan yang baik tetapi yang peliknya, orang kita ni suka meniru benda yang sama tanpa ada sedikit pun perbezaan. Mungkin itu adalah jalan mudah untuk berada di zon selamat, berniaga benda orang dah niaga. Bukan salah pun kalau kita tiru demi kebaikan tetapi proses yang diambil oleh orang kita ni dikira jalan mudah. Selepas itu akan wujud satu perasaan yang sangat aneh, 'Dengki'. Sifat dan sikap ni memang dah bersarang lama dalam pemikiran kita tambah lagi kalau timbul persaingan. Bukan tak bagus persaingan ni tetapi ia bermula yang bagaimana? Kalau populasi penduduk kita ni secipuk, takkan perlu kita kongsi benda yang serupa? Kan...?

Tapak-tapak kedai baru tumbuh bak cendawan selepas hujan dan ada juga yang layu sebelum berkembang. Itulah hakikat dunia perniagaan orang-orang Melayu di kawasan kita ini. Ada yang bercita-cita tinggi menjadi seorang perniaga makanan yang berjaya tetapi soal kebersihan pula diabaikan. Tetang rasa dan makanan pula tak diambil berat. Ada pula sesetangah peniaga, bila ditegur untuk kebaikan, mula melenting tidak tentu fasal. Apa yang menjadi kesedihan, terdapat golongan peniaga khususnya peniaga sektor pemakanan ini sekadar melepaskan batok di tangga. Hanya tahu berniaga sahaja tanpa mengambil kira aspek kebersihan dan cara berpakaian. 

Terkadang terdapat pelayannya pula berpakaian menjolok mata, ketat-ketat serta ada juga berpakaian seperti balut nangka. Adakah itu satu daya tarikan? Iyalah kan, nak berniaga pun tutuplah aurat, ini tak, sudah nampak cantik dah tapi pakai baju pulak lengan pendek, yang anehnya itu, bertudung. Ada pula yang waktu memasaknya pula rambut berserabai sampai luruh dalam masakan. Menjadi tanggungjawab tauke menegur dan meletakkan garis panduan. Kalau pelayan begitu, bukan salahnya, itu salah 'bos' yang tak cakna.

gambar hiasan

Di manakah mahu datangnya keberkatan? Apabila pelanggan tak ada, mula merungut tetapi tidak pernah melihat ke dalam diri, apa menjadi punca? Perkara paling best bila kedai sendiri tak laku, "Jangan-jangan kedai aku ni terkena buatan orang kut?" Bermacam-macam spekulasi mula timbul. Begitulah sehari-hari kita menjalani kehidupan. Bagi golongan bukan peniaga memang tidak dapat merasai keunikan perasaan ini namun cukuplah dilihat bagaimana keadaan itu berlaku di tempat kita. Saban hari kita dipertontonkan dengan ekspresi wajah yang pelbagai dari mereka. Itulah asam garam perniagaan ada turun ada naiknya.

Orang kita memang kuat makan jadi mereka nak makan. hari-hari nak makan sahaja kerana makan untuk hidup. Kita bayar harga yang mahal pada setiap caj yang dikenakan sebab tempat kita ni memang tempat elit. Yang tak berapa nak elit pun terpaksa jadi elit dengan membiayai kos pemakanan perut sendiri. Makanan yang tak sedap pun mesti dibayar dengan harga elit. Bila komplin tak sedap pun mesti dimaki dengan cara elit. Layanan pun elit. Serba serbi ditanggung sendiri. 

Pemikiran kita tak sama dengan orang lain. Kalau kita berfikir. "Nak bagi makan dekat orang mesti hasilnya lebih baik dari rasa perut kita sendiri." Pelanggan bagi duit, pelanggan bukan makan percuma. Mereka bayar jadi mesti beri layanan yang baik. Kalau ada pelanggan yang tak baik, hadapi ia dengan cara baik. Kita boleh perlbagaikan pilihan tetapi biarlah pilihan yang dipersembahkan itu terbaik dan lain daripada yang lain. Janganlah kita takut untuk mencuba usahakan kelainan, Insha-Allah ada jalannya... 

artikel berkaitan : Sikap orang kita



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Orang kita kuat makan
Designed By Suara Dungun