12 Jun 2015

Utama » » Sikap orang kita

Sikap orang kita

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Entah di mana silapnya pemikiran kita mengenai hal meletakkan kenderaan. Adakah disebabkan sikap gelojoh atau memang sifat mementingkan diri sendiri terlalu agresif? Inilah menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas. Sukar untuk kita meramalkan apa yang bakal berlaku selepasnya.
Sememangnya 'Malang tidak berbau' tetapi nasib malang itu boleh diubah melalui sikap kita sendiri. 

Tinjaun mendapati di tempat-tempat letak kenderaan sering menjadi sasaran salah guna seperti kawasan letak kereta pula diletakkan motosikal manakala kenderaan seperti kereta meletakkan kenderaan sesuka hati terutama di tempat-tempat makan. Semua itu mengundang padah sekiranya berlaku kemalangan.


Tiada tolak ansur menjadi punca keegoan pengguna jalan raya. Ada segelintir pengguna jalan rasa begitu pentingkan diri seolah-olah tindakannya itu tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk. Bandar Dungun misalnya, dalam kesibukan dan kesesakan, ada pengguna langsung tidak mengendahkan peraturan jalan raya sehinggakan untuk membelok pun tidak diberikan isyarat lampu. Kalau ya pun tergesa-gesa cik kak encik abang, tolong gunakan apa yang sepatutnya digunakan. Semua itu bukan perhiasan.

Apabila diperhatikan di kawasan tempat makan di kawasan pantai pula, ada segelintir pengunjung, parking kenderaan sehingga buntut kereta melebihi garisan, kalau ada kenderaan lain terlanggar, bagaimana? Sampai sanggup parking sebegitu menyusahkan pengguna lain. Jikalau kita yang sedemikian maka berubah demi keselamatan kita bersama. - SD

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Sikap orang kita
Designed By Suara Dungun