7 Jul 2015

Utama » » Bertelanjang ketika berpuasa

Bertelanjang ketika berpuasa

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Salam sahabat semua. Hari ini kita dah pun berada di 10 Ramadan yang terakhir. Ada di antara kita masih lagi tercari-cari pengertian Ramadan. Saya pun macam tu juga tak sempurna. Saya nak cerita satu hal di bulan puasa ni sebab ia biasalah berlaku, mengata orang dan mengeji orang lain serta merasakan diri sendiri adalah yang terbaik. Tak salah tau nak rasa hebat dan terbaik tetapi janganlah terlalu merendah-rendahkan orang lain, itu yang tak kena.

Terfikir juga apa sebenarnya puasa? Apakah sekadar menahan lapar dan dahaga aje? Tak… puasa bukan hanya itu. Cara dan tingkah lagu juga mesti berpuasa. Janganlah disamakan sifat dan sikap kita seperti bulan-bulan sebelumnya. Kalau boleh kita nak berubah dan istiqomah kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Suka saya menulis tentang ni sebabnya ia benda baik, menasihat diri sendiri khususnya dan para sahabat amnya. Kalau benda jahat malas la nak tulis nanti menambahkan dosa yang tak tertanggung lagi ni.

Dalam laman-laman sosial misalnya, terlalu banyak status-status yang dimuat naik yang begitu mengaibkan. Malah, ia bersikap seperti mahu menjatuhkan orang lain. Bila dah terkeluar ayat-ayat berunsur makian, apakah ertinya? Memanglah marah, kan? Semua orang boleh marah, saya sendiri pun ada perasaan marah tetapi kena juga belajar bersabar. “Sabar pun ada hadnya jugak cik abang oih…” saya tahu semua ada had, tetapi dalam bulan ni kita nak mendapatkan keredhaan ALLAH, sama-samalah kita memperbetulkan keadaan.

Adalah dalam tazkirah Subuh pagi tadi, suka saya nak cerita mengenai perumpaan dari seorang ustaz yang menyampaikannya. Ia dipetik dari filem Nujum Pak Belalang dan ditukarkan kiasannya.Pada awal-awal Ramadan iaitu minggu pertama penuh jemaah datang ke masjid atau pun surau. Katanya, “Pertama: Banyak-banyak… Kedua: Sedikit-sedikit… Ketiga: Jarang-jarang… Keempat: Kadang-kadang…” Dan katanya lagi, semua itu berlaku kerana kita sibuk dengan urusan dunia. Terjentik juga di hati ni kerana saya pun terfikir yang baju raya belum beli lagi.

Begitulah, kehidupan kita hari demi hari yang dihadapkan dengan segala macam masalah dan alasan. Susah nak huraikan lebih lanjut kerana tidak semua mampu menghadamnya. Ada yang dapat sedikit sahaja kefahaman tetapi dan mula lebat mendebatkannya. Ada yang langsung tak faham tetapi masih menafikannya. Biasalah kita… kita ni terlalu cepat dan leka. Biasalah kita, mudah melatah dengan dugaan. Biasalah, itu memang kita manusia tak dapat lari dari kesilapan. Biasalah kita… mana ada yang ‘perfect’. Kalau kita terlalu mengejar kesempurnaan sedangkan tiada apa pun yang sempurna, maka kita akan selalu dihentak dengan kekecewaan. Tetapi kalau kita belajar untuk saling melengkapi, kita akan rasa ‘happy’.

Tak apa sahabat, kita hidup ini untuk saling ingat memperingati. Sekiranya ada yang tak dapat menerima kekurangan kita maka kita kena akur kerana itulah namanya kehidupan. Bukan semua orang suka kita. Walau sebenci mana orang terhadap kita, tak suka sampai rasa nak pandang muka kita pun macam tak nak dan nak bertegur sapa pun rasa payah, hidup mesti diteruskan juga. Pandangan ALLAH terhadap kita lebih penting daripada segala-galanya kerana DIA tak pandang betapa cantiknya paras rupa kita, betapa kayanya kita tetapi ALLAH Azza Wa Jalla memandang HATI-HATI kita. Adakah kita bersyukur atau pun tidak? Adakah kita menerima semua ini dengan redha atau pun tidak? Itu semua dari hati… dengan berkat bulan Ramadan, sama-samalah kita bermohon keampunan. Moga-moga diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu… Inshaa-Allah…

“Berpuasa Selepas Berbuka,” Kita jaga lidah kita, perbuatan kita, hati kita walaupun sudah berbuka. Kita berpuasa dari mengumpat, mengeji dan mengata orang. Allah sayang hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Usah diterlanjangkan puasa kita dengan membuka keaiban orang lain. Sesungguhnya perbuatan itu mensia-siakan pahala puasa - ADIT ZULFAN




 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment