5 Aug 2015

Utama » » Kisah Benar : Apalah dosa orang tua ini?

Kisah Benar : Apalah dosa orang tua ini?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



Sudah masuk kali kedua aku jumpa pak cik ini datang ke sekolah untuk cari anak dia. Pertama dia datang untuk belikan baju sukan untuk anaknya itu tetapi sebaik sahaja dia datang, si anak tiada pun di sekolah.

“Pagi tadi dia keluar pergi sekolah, cikgu. Memang dia pakai baju sekolah dan bawa beg sekali kemudian dia minta duit sebab nak beli baju suka katanya. Saya datang ni sebab nak belikan dia baju tu. Cari-cari dia tak ada. Guru kelas dia cakap dia dah lama tak datang. Saya takut dia dibuang sekolah. Mana saya nak cari dia ni, ya?”

Pertanyaan itu sukar untuk dijawab kerana memang terang lagi bersuluh, si anak memang tidak masuk ke sekolah.

Pada hari ini pak cik ini datang semula sambil menjenguk di tepi padang, barangkali mahu melihat sama ada anak dia ada atau pun tidak. Untuk kepastian maka aku pun menyapa.

“Assalamualaikum… pak cik cari siapa?”

“Wa`alaikumussalam… Saya cari anak saya, cikgu. Nak tengok dia datang ke sekolah atau tidak. Tadi saya pergi ke kelasnya. Kawan-kawannya beritahu budak-budak kelas dia berada di padang…” Balasnya dengan riak wajah yang sugul. Jelas terlakar garis-garis risau di dahinya. Risau tentang si anak.

Terasa sebak mencengkam dada kerana terfikirkan tindakan si anak yang langung tidak memikirkan perasaan orang tua. Lantas aku memanggil budak meminta agar dicari anak pak cik ni.

Selepas itu budak yang diamanahkan untuk mencari anak si pak cik ini pun berkata, “Cikgu, budak kelas dia beritahu yang ****** sudah dua hari tidak datang ke sekolah.”

Pak cik itu pun memandang aku dengan riak wajah yang keliru. Adakah benar hal tersebut? Mungkin itu yang berlegar di tempurung kepala pak cik tersebut.

“Cikgu… anak saya pergi sekolah cikgu, saya sendiri yang hantar di depan pintu pagar lengkap berbaju sekolah dan bawa beg sekolah. Saya berikan dia duit belanja sekolahnya cikgu…” Ucapnya dengan menahan perasaan. Dia terus jalan terkebil-kebil. Aku memerhatikan wajahnya yang seolah-olah sedang menahan kesedihan yang teramat sangat. Aku yakin bahawa dia terlalu kecewa terhadap perangai dan sikap anaknya itu.

Hurm… hai la anak, kalau yang datang ini berbaju kot, berkasut kilat dan keluar dari perut kereta BMW mungkin aku tidak beberapa kisah tetapi apalah dosa orang tua ini sehingga kau sanggup menipunya? Sampai bila kau nak tengok bapak kau ni melayari nasib sebegitu rupa? Tak teringin ke kau untuk mengembirakannya. Dia tak minta kau belikan sebuah banglp mewah lengkap dengan segala macam perabot tepi Highway exit Kajang tu, dia Cuma minta kau pergi sekolah dan belajar, itu sahaja. Susah sangat ke?

Oleh : Pojie Nanat

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment