31 Mar 2016

Utama » » Jangan Tipu! Kumpulan Pelawak Senario Nak Datang Dungun?!

Jangan Tipu! Kumpulan Pelawak Senario Nak Datang Dungun?!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Bermacam-macam reaksi berbeza diterima setelah berita mengenai kumpulan Senario the legend of lawak nak datang Dungun. Hah?!!! Apa??? Begitulah kerana kemunculan Saiful Apek ke Dungun baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak. Siapa yang membesar dengan lawak kumpulan Senario ini memang berasa teruja bahkan ada yang tidak dapat berkata apa-apa apabila berhadapan dengan selebriti berkenaan yang ternyata sangat sempoi dan spontan.

"Pengalaman yang terbaik dan rare!" Itulah kata Saiful Apek yang berkunjung ke Dungun. Dan kali ini Brother K akan mengundang beberapa lagi selebriti yang juga merupakan anggota kumpulan ini serta beberapa orang selebriti dari Singapura yang tidak asing lagi bagi kita.

Program santai ini berlangsung pada 1 April sehingga 3 April 2016 ini dan warga Dungun sangat dialu-alukan untuk memeriahkan progaram amal ini. Tidak lupa juga buat pengunjung CBS Dungun, mereka akan bertandang ke sana. Siap Sedia! Tidak ketinggalan, sebagaimana Saiful Apek yang pernah mencuba sukan memanah dan  kali ini mereka yang lainnya juga teringin merasai pengalaman memanah bersama Assifu Archery di Pantai Sura, Dungun.


Pengalaman memanah berkuda di Kampung Nyiur.



Bergambar kenangan bersama owner Assifu Archery


Jangan lepaskan peluang untuk menemui mereka. Barangkali ini menjadi pengalaman pertama dan juga terakhir anda untuk dikenang. Kita bertemu santai. Pada malam 3 April, malamnya program akan berlangsung di Dewan Alor Mak Bah. Dengar khabar, kalau ada yang nak berniaga boleh turut bersama.

Di antara selebriti yang turut memeriahkan program ini adalah: Yassin, Illya, Hamdan dan beberapa orang selebriti dari Singapura. Jumpa di sana!!!



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment