30 Mar 2016

Utama » » Perniagaan Tiruvasi Di Dungun

Perniagaan Tiruvasi Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

PERNIAGAAN TIRUVASI

Perniagaan merupakan satu ibadah yang mesti dikerjakan dengan baik. Namun di sini masih ketara bahawa terdapat sesebuah perniagaan hanya tangkap muat sahaja tanpa menimbang pengalaman dan ilmu. Akhirnya ia mencacatkan hasil dan pendapatan. Bukan setakat itu sahaja, bahkan melibatkan mutu perkhidmatan.

Apabila disebut sahaja perniagaan maka terbayang di minda hanya makanan dan minuman. Itu benar kerana hari-hari orang nak makan dan minum, ya kan? Tapi sedarkah kita bahawa medan ini memerlukan kesepakatan? Memerlukan nilai tolak ansur dan memahami apa itu perniagaan? Kita berniaga sudah tentu mengaitkan hal untung dan rugi. Jadi, andai kita mempertaruhkan hal ‘LIHAT ORANG’ maka kita pun nak buat sebab orang yang kita lihat itu maju, kita turut meniru caranya sedangkan kita ‘ZERO’ jadi itu merupakan pelaburan yang sia-sia kerana kita cuma ada modal tetapi tidak ilmu dan kepakaran.

Begitu juga dengan kaedah yang diguna pakai oleh orang yang berjaya, melaksanakan permintaan dan bukannya menyediakan sesuatu yang tersedia. Pendek kata penghasilan melebihi permintaan maka produk atau barang tidak terjual. Perkara ini sebenarnya berhubung kait dengan kuantiti. Rentetan itu, promosi perlu giat dijalankan seiring dengan mutu produknya serta bagaimana cara untuk melariskan jualan yang orang lain tak buat. ‘Orang kita’ perhatian di dungun atau di sekitar tempat permainan, apa yang anda lihat adalah paling ketara dan mudah adalah, ‘KOPI’ kenapa harus kopi? Kerana ia mudah dan hanya perlu menukar jenama sahaja.



Sesiapa sahaja boleh berniaga kopi asalkan punya modal. Tapi tolong jangan ketepikan hal-hal yang berkaitan dengan servis dan layanan. ‘Sombong’ membawa padah. Jangan merungut atau mengatakan hal yang bukan-bukan kepada pelanggan dan bakal-bakal pelanggan anda, kita tidak gerai-gerai kopi akan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Nah! Sekarang itulah yang berlaku. Lihat sahaja di Taman Perminan Teluk Lipat. Semua nak jual kopi, itu namanya tiruvasi hanya mengubah namanya sahaja. Jadi gerainya melebih permintaan kerana hanya itu sahaja para perniaga nampak, maka sukar untuk bertahan. Tidak lama selepas itu, bungkus. 

Pamerkan kelainan dan bukannya perkongsian yang melampau sehingga mencacatkan keadaan sedangkan kita patut berurusan dengan cara yang rasional dan bukan beranggapan itu hal yang mudah. Kita berniaga kopi di kawasan yang sama kerana kita tahu itu merupakan tempat tumpuan, jadi itulah kesilapan kita kerana tidak membuat kelainan atau tidak bernai untuk berubah.

Abaikan sahaja pemikiran-pemikiran yang negatif mengatakan anda begitu dan begini dan jangan bagi langsung peluang kata-kata negatif menjatuhkan anda apabila anda tergerak hati untuk membuat perubahan kerana itu merupakan cabaran. Jika anda keluar dari kempompong tiruvasi maka anda pasti punyai idea yang unik serta boleh membawa anda ke satu destinasi bernama kejayaan. Percayalah bahawa selepas itu anda juga akan ditiru kerana kita terbiasa dengan sikap ‘Orang Kita’. Perangai ‘Orang Kita’ tidak lari dari hal yang begitu jadi jangan berputus asa kerana anda berada di hadapan tanpa meniru 100% tetapi mengambil idea dari sesuatu untuk menjadikan sesuatu yang lain.

Anda faham mengenai ‘Bakat’ ? Apabila ada bakat maka ada juga kepakaran. Contohnya idea orang menjadikan sesuatu daripada botol. Apa sahaja botol sama ada botol m inuman, syampoo atau botol minyak masak yang plastik itu. Mereka mencipta sesuatu yang unik yang orang lain tak mampu nak buat. Jadi anda menjadi perintis, kan? Begitu juga dengan bakat si tukang welding, membuat atau mencipta produknya sendiri dari barang-barang terpakai. Itu contoh bukan dari sektor pemakanan. Contoh sahaja dan jangan marah pulak bila sebut itu contoh. Berfikir diluar kotak.

Begitu juga sektor perkhidmatan dan sukan, seperti sukan Memanah misalnya, saya perhatikan di kawasan Pantai Sura, terdapat sukan itu. Ia merupakan juga sebuah perniagaan kerana melibatkan hal jual beli dan duit. Ada sesiapa lagi yang sama dengannya? Dibuka pada tempat yang strategik kerana mudah dilihat dan harganya yang murah. Bayangkan kalau anda menjual satu produk, harganya mahal tetapi pembelinya sedikit? Anda hanya dapat sekadar itu sahaja. Bagaimana pula jika harganya tidak terlalu mahal, ia murah dan orang beli dan gunakan perkhidmatan anda berkali-kali. Berapa kali untung anda akan dapat? Jangan selalu memikirkan tentang modal yang naik, tetapi fikirkan apa yang anda akan dapat balik apabila ia laku. Janji ALLAH itu PASTI.

Anda tahu mengenai roller blade? Kenapa tiba-tiba sahaja orang Dungun suka menggunakannya kerana ada yang sediakan peralatan itu untuk disewa. Mungkin orang nak beli tak tahu nak main di mana maka di Taman Poket menjadi tumpuan. Ia menjadi satu daya tarikkan kerana orang belum nak buat tetapi apabila ada tiruvasi maka pendapatan akan kurang kerana pembahagian pelanggan tetapi kena yakin tentang ‘REZEKI’ cuma keterbatasan idea membuatkan orang suka meniru.

Renungkan sekejap tentang CBS. Kenapa pengunjung semakin berkurangan? Oh! CBS tu Car Boot Sale. Peniagaan membuka boot kereta masing-masing. Tetapi apa yang ada di CBS? Perhatikan, dan fikirkan kenapa ia gagal untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Pertama, pergi ke CBS seperti menghadirkan diri ke tapak pasar-pasar malam. Pernah tinjauan dibuat, tiada yang menarik. Kita jangan salahkan para perniagaan, mungkin pengurusannya yang kurang memahami apa yang hendak dibuat. Jangan memikirkan soal keuntungan semata-mata tetapi fikirkan tentang konsep yang dibawa dan membawa kepada suatu perubahan. Kalau pergi CBS Dungun atau Paka seolah-olah macam pergi pasar malam, Lebih baik pergi pasar malam sahaja, boleh beli ayam goreng. haaa....



Cuba undang perniagaan yang ada potensi untuk menarik orang pergi, contohnya seorang penggiat seni ka, macam yang pandai melukis, atau ada barang-barang antik untuk dipamerkan. Bukan sahaja untuk dijual bahkan untuk memperkenalkan produknya. Wajarkah, perniagaan tanpa fikir pulangan yang mereka dapat bila menyertai CBS? Ini tidak, yang join CBS semua nak jual makanan, semua nak jual pakaian. Pusing-pusing di situ, tengok benda yang sama. Hanya dikalangan mereka sahaja membeli makanan dan minuman. Mana yang uniknya? Jangan cepat melatah bila kena tegur begini ya. Ini nasihat untuk kita bersama biar DUNGUN ni ada identiti dan keunikan tersendiri.

Kita boleh bawa idea dari luar untuk masuk, tetapi biar ada kelainannya. Jangan kita ketinggalan dan membiarkan orang lain pula yang buat benda-benda yang patut kita buat. Kita ni mudah gah dengan nama-nama yang sedia ada tanpa mencipta nama dan produk sendiri. Bila ada D.I.Y, terkejar-kejar D.I.Y, bila ada Eco terkejar-kejar situ. mereka jual murah kan? Sebab apa murah? Sebab mereka tahu orang nak murah. Kita ni nak jual benda mahal tetapi permintaan kurang. Barang murah tak semestinya baik dan barang mahal selalunya terbaik. Eh? Ha begitulah. Kena ada mutunya juga.




MATI AKAL


Kenapa? Panjang lebar ke baca artikel ni? Kalau tak membaca mana nak dapat ilmunya. Kalau nanti dengar orang bercakap, mahu ke tidak mendengarnya. Silap-silap buat pekak telinga saja. Langsung tak semat di hati dan pemikiran yang positif. Tahu-tahu nak melenting sahaja bila ditegur.

Jangan kita cepat mati akal dan buntu. banyaknya bertanya, membaca dan menimba ilmu serta pengalaman. Ini ilmu dan pengalaman tak ada, tahu nak tiru sahaja, tak lama selepas tu lingkup. Mula la merungut cakap itu dan ini. Paling terbaik, ‘Orang Buat’ ini biasalah berlaku. Siapalah yang nak buat kedai kau, dahlah tak laku lepas tu servis hancur. Macam mana orang nak pergi?

Tambah lagi, salah pilih tempat. Tak strategik langsung. Harus difikirkan juga keadaan dan hanya semangat mulanya sahaja berkobar-kobar dan akhirnya luntur. Begitu juga dengan orang jual pisang goreng. Kau baru buka gerai dengan tak ada promosinya, tak ada harmoni dengan persekitaran. tahu-tahu kau berniaga tanpa salam. Maksud ‘Tanpa Salam’ ni maknanya tak ada beramah mesra dengan orang-orang yang berdekatan yang tinggal dekat tempat kau menjual. Macam mana mereka nak tolong kau sedangkan kau pun tak respek mereka. Hormat tu penting sebab orang-orang ni yang akan mempromosikan sendiri kedai anda itu di atas layanan baik anda. Jangan fikir semua pembeli dan bakal-bakal pembeli anda. ‘hati busuk’ yang hati busuk tu bermula dari prasangka kita sendiri.



Sehubungan dengan itu, kalau sudah perniagaan sektor pemakanan maka kebersihan wajiblah dijaga, begitu juga dengan SIKAP. Tolonglah jangan kedekut sangat. Ada sesetengah pelanggan kalau datang, dia scan kau atas bawah dan menilai premis sama ada terjaga atau tak terjaga. Kalau sudah diri pun tak terurus, orang nak beli pun rasa loya. Makanan ni orang nak bawa masuk dalam perut. Kalau benda kotor masuk, mana nak ada berkatnya. Begitu juga dengan peniaga yang kedekut atau tersangat berkira-kira. Sedarkah anda, sifat pemurah itu sangat menguntungkan anda dikemudian hari nanti? Tak ada rugi pun. Orang akan datang lagi. Mana anda nak pilih, orang datang sekali ke atau yang datang berkali-kali. Jawapan ada di tangan anda sendiri.

Kalau kau nak maju, fikir-fikirkanlah nasihat saya ni sebab saya juga pengguna seperti mereka mahukan kelainan dan layanan yang terbaik. Memang ada pelanggan yang bongkak dan sombong tetapi hadapinya dengan tenang. Bila kau nak marah dia, kau marah dia dalam hati kau. Sekali kau keluar perkataan yang bukan-bukan, orang yang dengar pun terbungkam.

Berniaga satu ibadah yang menguji kesabaran. Bila kesabaran kau teruji, maknanya ALLAH sedang menilai anda. Anda sedang menjalani peperikasaan fasa kedua selepas buka kedai. Macam UPSR, PMR, oh dah tak ada, macam PT3, SPM dan seterusnya STPM, SIJIL bla-bla-bla...

Kalau anda sudah mengalah dari awal lagi, bagaimana anda nak hadapi peringkat seterusnya? Tak gitu? Bersabar dan bertabahlah dengan dugaan tetapi jangan pula tak melakukan perubahan. Nanti jadi takat itu sahaja tiada perkembangan.

Harapan saya, Dungun akan terus tersemat dihati dengan keunikkannya dan bukannya berdengki. Dan... “Sewa bapak mahal, Orang Melayu nak sewa kedai di bandar tu pun tak mampu, kalau tak ada 3k tak dapat menyewalah.” Itu kata anda sebab sibuk sangat bangkitkan isu perkauman. Cuba bersatu sewa satu premis dengan kerjasama yang baik. Boleh buka dan bertambah maju. Ini selalu bertengkar soal untung rugi tapi tak bertindak pun. Kenapa orang lain boleh sewa tapi kau tak boleh? Sebab anda tak bersatu hati. Jual barang yang orang tak nak beli. Kau jual barang, awal-awal orang dah lari sebabnya kau nak dia beli, kau paksa dia beli walaupun dia tu kawan kau sendiri. Kau tak payah jual barang tapi.... haa... ini akan saya ceritakan. Nak tahu ke tidak bagaimana nak dapatkan pelanggan yang bakal menjadi regular customer anda? Betul nak tahu ni? Kalau nak tahu kena TUNGGU!!!

kita berehat dulu... Jumpa lagi.

-Suara Orang Jalanan-

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment