30 Mar 2016

Utama » » Suara Dungun Kembali Lagi

Suara Dungun Kembali Lagi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penghuni maya. SD kembali lagi diaktifkan setelah menyepi sekian lama. Laman blog ini adalah sebuah perkongsian buat semua. Pelbagai info akan kami kongsi dan kepada yang berminat untuk menyertai beberapa slot yang disediakan di laman ini bolehlah menghubungi kami melalui laman fangpage SUARA DUNGUN DOT COM di Facebook.



Tuan/puan, seiring dengan pembangunan yang sedang diraih di daerah Dungun ini, suka kami menyatakan bahawa kami turut berbesar hati mengalu-alukan undangan untuk membuat review ke premis perniagaan anda. Secara tidak langsung kami ingin mempromosikan perniagaan yang sedang anda usahakan yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Hal yang unik itu merupakan satu daya tarikan. 

Kedai menarik, produk juga mengancam, kenapa tidak diwar-warkan kepada seluruhnya mengenainya? Biarlah produk itu berbicara tentang kebaikkannya. Biar orang tahu kerana anda berniaga dan kita semua adalah golongan usahawan dan bakal usahawan yang berjaya kelak, Insya-ALLAH.

Di sini kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda masih setia mengikuti perkembangan kami. Apa yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk terjadi dari kesilapan dan kelamahan kami juga dari izin ALLAH. Segala-gala yang ada di muka bumi ini adalah makhluknya. Kita cuma manusia yang diamanah menjadi khalifah di dunia bagi menjaganya. Dunia cuma sementara, akhirta kekal selamanya.

Akhir kata kali ini kami mengucapkan Selamat Maju Jaya Buat Semua warga DUNGUN!!!!

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Suara Dungun Kembali Lagi
Designed By Suara Dungun