12 Apr 2016

Utama » » Dungun Syurga Kopi

Dungun Syurga Kopi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Gerai kopi tumbuh bak cendawan. Ia dianggap sebagai satu trendy ikut musim. Ada kalanya ia sekadar melepaskan batok di tangga. Ada yang dapat bertahan dan ada yang gulung tikar. Itu menjadi asam garam dalam perniagaan. Namun, persoalannya, kenapa harus kopi? Ya, boleh... kopi adalah minuman dan ramai penggemar kopi. Tetapi kenapa mesti di kawasan yang sama? Adakah ia suatu yang unik? Mungkin ya mungkin tidak. Mereka saling menjual jenama dan kopi itu sama sahaja. Ia dipanggil perkongsian dalam tiruvasi.

Bagaimana untuk mengubahnya? Mustahil untuk diubah sekiranya metaliti kita masih di takuk yang lama iaitu berhasad dengki dan saling menyalahi antara satu sama lain. Kita tidak perlu menuding jari apabila pernigaan kita tidak ke mana kerana kita tiada identiti. Teluk Lipat misalnya, deretan itu menjual kopi, adakah kerana ia tumpuan pengunjung? Barangkali ya, mana ada orang nak jual kopi ditempat tiada orang. Kalau ada pun orang yang sanggup hadapi risiko dan cuba untuk majukan sesuatu kawasan tetapi ia memerlukan publisiti dan sokongan. Sesuatu kawasan itu tidak akan jadi tumpuan jika tiada tarikan. Tarikan berlaku bila ada keunikan. Orang Dungun mahukan kelainan dan keunikan. Bayangkanlah, tokang pecah pun boleh jadi tumpuan, betul kan?

Layangan, di Pantai Teluk Lipat, hidup dengan jaya dan meriah kerana ada pihak yang berani mewujudkan sesuatu yang baru dan unik di Dungun. Orang lain boleh turut menumpang berniaga sama tetapi perlu jaga kebersihan dan bertolak ansur serta tolong menolong. Jangan mementingkan diri sendiri demi mengaut keuntungan.

Berbalik isu kopi tadi, kenapa kita tak berani nak berubah? Sebab kita takut hadapi risiko dan kerugian. Bila kita jual benda yang sama, kita masih selesa ke? Boleh selesa jika permintaan itu tinggi. Bagaimana jika persaingan kian sengit? Bayangkanlah kalau ada seratus gerai kopi di situ, siapa yang dominan, dialah juara tetapi perniagaan ni ada pasang surutnya. Bila orang dah cemuh, minat akan berubah setelah terlalu banyak pilihan sampai rambang mata. 

Tapi artikel ini bukan satu perlekehan sebaliknya satu cabaran. Nak Kelainan? Anjurkan Pesta Kopi. Cuba... Dungun pasti gempak jika anda berani anjurkan pesta. Ini idea yang dikongsikan untuk anda. Bila anda mampu berkerjasama bermakna kopi ada cahayanya. Tak percaya, cuba pejam mata dan bayangkan seketika, di tapak anda berniaga, berderet gerai kopi. Sebelah anda ada persaingan. Jangan anggap itu persaing anda tetapi anggaplah dia saudara. Pengunjung yang datang akan teruja bila anda tampil dengan keunikan diri anda sendiri. Cara anda sendiri. Serlahkan bakat anda di situ. Menarik? Barulah menarik. tapi takkan semua nak rasa kopi? Dah namanya pesta kopi, yang lain-lain nak menumpang, silakan. Rezeki itu milik Allah.

Cakap memang mudah, nak melaksananya susah? Ya kan? Memang susahlah kalau kita tak bersatu. Itu aje. Pokok pangkalnya, kena renung dalam-dalam. Boleh ke aku buat? Kalau negatif anda fikir, maka negatiflah yang berlaku.



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Dungun Syurga Kopi
Designed By Suara Dungun