2 Apr 2016

Utama » , » Kumpulan Senario Buat Hal Di CBS Dungun

Kumpulan Senario Buat Hal Di CBS Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Kehadiran kumpulan pelawak legenda nombor satu Malaysia iaitu SENARIO telah mengubah suasana di Car Boot Sale Dungun semalam. Seawal petang warga Dungun menanti kunjungan mereka dan akhirnya penantian itu berbaloi setelah Saiful Apek, Yassin dan Hamdan tiba ke lokasi bersama crew yang terlibat yang diketuai oleh Brother K.

Pengunjung semakin ramai dan keadaan mula sesak. Mereka dihiburkan dengan lawak bersahaja dan bersantai dengan teka-teki yang diberikan. Hadiah yang mempunyai tandatangan selebriti berkenaan diberikan kepada orang ramai yang dapat menjawabnya. 



Diucapkan tahniah kepada penganjur CBS Dungun, Encik Ridzuan Mohamad yang berjaya mengumpul pemberian beras dari mereka yang bermurah hati untuk disalurkan kepada anak-anak yatim dan juga kepada asnaf-asnaf yang memerlukan. Senaraio memang dah buat hal kali ini untuk menjayakan program amal. Terima kasih buat kumpulan terbaik ini.


Sehubungan dengan itu, pada hari ini juga, bermula jam 8 pagi, kumpulan Senario akan menjalankan aktiviti seterusnya iaitu di Ladang Warisan Bahrizan, Kampung Nyior. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkannya. Kepada yang mahu membuat kebajikan sumbangan beras atau sapa sahaja, boleh dibawakan bersama. Jumpa di sana.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment