11 Apr 2016

Utama » » Orang Dungun Diserang Siput Sedut

Orang Dungun Diserang Siput Sedut

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Seiring dengan pembangunan di Dungun maka tidak tidak ketinggalan juga pelbagai perniagaan yang berasas skim cepat kaya tumbuh bak cendawan selepas hujan. Skim yang kononnya menjadikan bulan dan bintang telah banyak mempedayakan sesiapa sahaja, khusunya orang Melayu yang begitu mudah memakan umpan. Ada di antara mereka sanggup melabur puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang lumayantanpa mengtahui agenda yang tersembunyi.

Tidak ketinggalan juga pelbagai skim pinjaman dari pihak tertuntu untuk memberikan pinjaman wang menindas. Terdapat banyak banner iklan daripada pihak mereka diletakkan di tiang elektrik mahupun di tempat-tempat awam sehingga mencacatkan pemandangan di sekitar Dungun.

Sehubungan dengan itu, dinasihatkan orang awam tidak mudah terpengaruh melabur wang dengan pihak yang berkepentingan. Jika anda melabur, bermakna anda perlu hadapi risiko di mana penipuan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja termasuk 'mereka' mengada-adakan cerita kononnya 'leader' bawa lari duit, hilang, kena curi, bahkan dirompak semata-mata untuk melesapkan pelaburan anda. Itu seringkali berlaku dalam skim berkenaan.

Bermacam-macam jenis jenama syarikat yang wujud tetapi terasnya adalah 'skim cepat kaya'. Itulah modal mereka hanya air liur memujuk anda dan menunjukkan-nunnjukan pulangan yang belum pasti. Kalau anda dapat pulangannya sekalipun bagaimana dengan orang-orang lain yang turut melabur tidak mendapat hasil sebagaimana mana anda? 'Rolling Money' adalah acuannya. Jika pusingan wang tidak cukup bermakna kena dapatkan lebih ramai pelabur, bila terlalu ramai pelabur maka duit menjadi semakin besar untuk diagihkan. Di situ akan timbul konflik dan pelabur akan menuntut lebih dari modal kerana memegang janji pulangan.

Kesimpulannya, carilah hasil yang baik supaya hidup anda tidak akan merana dengan desakan dan pujukan. Itu semua akan membebankan anda setelah tiba hari kehancuran. Elok-elok berniaga, lingkup, itu kena jual ini kena jual, ini kena tarik itu kena tarik. Apabila tiada keberkatan maka hilang redha Tuhan.

Siput Sedut yang kami maksudkan : Diam-Diam Sedut Duit

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment