9 Apr 2016

Utama » » Pantai Teluk Bidara Terus Terseksa

Pantai Teluk Bidara Terus Terseksa

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN - Nama Pantai Teluk Bidara tidak asing lagi bagi penduduk setempat. Bahkan kumpulan Kopratasa pun menyebut dalam lagunya tentang tempat ini. [youtube]

Suasana yang sangat nyaman dan indah dengan pantainya yang menarik panorama saujana mata memandang. Cuma apa yang kini amat mendukacitakan, tiada penambah baikkan dilakukan di kawasan tersebut dan menjadikan ia lesu dan tidak bermaya.

Tambah lagi, keriuhan bunyi bising sesetengah budak-budak motor begitu mencacatkan keadaan dan pendengaran. Malangnya tiada pihak yang cuba untuk bangunkan semula tempat itu yang suatu ketika dahulu begitu gah dikunjungi oleh orang asing dan juga orang luar dari tempat ini.

Pihak berwajib seolah-olah terlepas pandang mengenai pembangunan di kawasan yang cantik yang sepatutunya mendapat perlindungan yang sewajarnya. Kesedaran kita juga memainkan peranan penting khususnya kepada orang muda yang kurang perihatin terhadap persekitaran dan juga tidak menghormati pengunjung.

Apa yang paling membimbangkan, aset penting Dungun ini akan kian tercemar tanpa ada pengawasan yang baik. Hakikatnya, terdapat banyak ruang dan peluang untuk menarik orang ramai kembali semula ke situ. Contohnya menjalankan suatu aktiviti yang melibatkan orang awam. Tidak lupa juga mengatakan satu pertunjukkan yang boleh menarik minat misalnya aktiviti berkuda. Selain daripada itu wujudkan juga plan berkala menganjur pelbagai program orang ramai.

Selain daripada itu, aktiviti bermain layang-layang juga merupakan satu bentuk santai bersama keluarga. Tidak ketinggalan, adakan juga aktiviti yang menyokong bentuk sukan, sebagai contoh, bola sepak pantai, bola tampar atau pun memanah. Banyak sebenarnya hal yang boleh membangunkan semula Dungun, tempat dengan tema Sayangi Dungun.

Sediakan juga pelampung untuk dibeli atau pun disewa oleg pengunjung. Hal ini dapat mengurang resiko mati lemas. Walaupun ada larangan mandi, namun ada juga yang mandi kerana pantainya memang cantik. Prasaran ini cukup penting kerana melibatkan kepentingan dan keselamatan ramai.

Rentetan itu, kesedaran penduduk setempat amat diperlukan. Kita bertuah kerana Teluk Bidara berada di suatu tempat yang strategik dan merupakan anugerah terindah daripada Tuhan. Semoga Teluk Bidara dapat menaikkan semula namanya. Ia melibatkan nama Dungun, maka kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan. 'Dungun Membangun' bangunlah bersama moral dan intergriti.

Indahnya Teluk Bidara

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
7 Comments

+ comments + 7 comments

9 April 2016 at 09:24

Pantai cantik tapi perangai orang sana kurang cantik...

Terima kasih Croix Bartel atas Komentarnya di Pantai Teluk Bidara Terus Terseksa
9 April 2016 at 09:45

Bukan semua mcm tu bro...nasib tak menyebelahi kau jumpa org mcm tu

Terima kasih safwan69 atas Komentarnya di Pantai Teluk Bidara Terus Terseksa
26 December 2016 at 14:55

Sabar n bersabar....harap ada jln pyelesaian..bdk2 moto tu..kbnyakan ye dr kmpng bersebelahan...aku wlpn jrang blk kmpng..tp aku tahu keadaan disitu..sbb umah mak aku tak jauh pn dr lokasi..

Terima kasih Adiey Black atas Komentarnya di Pantai Teluk Bidara Terus Terseksa
26 December 2016 at 14:56

26 December 2016 at 15:52

Sy orang sana..jangan nilai semua orang mcm tu..kalo ckp "sesetengah" orang sana,tak ade terasa hati semua orang..lepas ni jangan datang dekat pantai ni lagi..

Terima kasih Nuyrull Hj Ismail atas Komentarnya di Pantai Teluk Bidara Terus Terseksa
26 December 2016 at 15:53

Post a Comment