18 May 2016

Utama » » Apa Dah Jadi Dengan UiTM Dungun?

Apa Dah Jadi Dengan UiTM Dungun?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Rentetan daripada pengurangan pengambilan pelajar di UiTM Dungun serta rombakan silibus pengajian, kelihatan daerah ini khususnya kawasan bandar begitu suram. Tidak hanya golongan peniaga ramai yang merungut kerana perkhidmatan yang disediakan tidak lagi mendatangkan keuntungan.

Begitu juga dengan perkhidmatan pengangkutan seperti bas sekolah yang tidak semeriah beberapa tahun lalu. Keadaan ini mendatangkan tanda tanya, kenapa sesebuah institusi pengajian yang merupakan badan induk pentadbiran bagi Terengganu tiba-tiba hilang kewibawaannya? Ramai pensyarah ditukarkan ke tempat lain, pelajar juga ditempatkan ke kampus lain, tidak hanya mereka malah golongan peniaga di dalam pusat pengajian tersebut turut terjejas.

Menurut sumber, pengarah UiTM bertindak mengikut arahan pihak pusat. Namun, kenapa tidak membantah sesebuah cadangan yang mendatangkan impak negatif kepada ekonomi peniaga-peniaga kecil? Serta tidak langsung memikirkan keadaan semasa? Begitulah luahan daripada golongan peniaga.

Terdapat juga faktor yang merumitkan lagi keadaan, disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Dungun dan juga terlalu banyak rungutan pelajar serta dari pihak keluarga masing-masing maka langkah perubahan diambil secara mengejut setelah kampus UiTM Bukit Besi dibuka. Kebanyakan pelajar dalam jurusan masing-masing ditukarkan di kampus-kampus berkenaan.

Persoalannya, sampai bilakah keadaan ini berterusan atau tiada sebarang makluman yang lebih terperinci bagi meredakan keadaan?



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
2 Comments

+ comments + 2 comments

18 May 2016 at 09:59

Sangat2 tak masuk akal.. dear writer, please do a clear research about this before u publish it.. tq.

Terima kasih Norain Wahab atas Komentarnya di Apa Dah Jadi Dengan UiTM Dungun?

Post a Comment