17 May 2016

Utama » » Berbanggalah Dengan Hasad Dengki

Berbanggalah Dengan Hasad Dengki

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Perbuatan sihir dalam perniagaan tidak asing lagi bagi peniaga Melayu beragama Islam. Khidmat bomoh atau dukun seringkali digunapakai bagi melariskan jualan sendiri atau menjatuhkan perniagaan orang lain dengan cara jampi serapah dan mentera. Tidak ketinggalan juga dilakukan atau diamalkan beberapa virtual agar sesebuah niat dapat dilaksanakan. Biasanya perbuatan khianat ini dilakukan oleh induvidu yang mempunyai hasad dengki.

"Ya Allah, Jauhkanlah Kami Dari Sifat Ini, Aamiin."

Jin / Iblis / Syaitan sedia berkhidmat untuk menyesatkan mereka yang memiliki perasaan ini. Selagi perasaan iri menebal dalam diri, bermakna nisbah untuk menghancurkan orang lain begitu tinggi. Sifat ini memberikan impak negatif kepada kehidupan.

Kita tak perlu pandang di tempat orang cukup kita lihat di tempat kita sendiri, DUNGUN. Berapa kerat peniaga kita yang berjaya? Lihat juga di bandar sana, kedai besar dimonopoli oleh siapa? Kita tidak bercerita tentang deskriminasi tetapi kita bercakap tentang dominasi. Jadi, di mana taraf kita?

Keluhan peniaga mengenai sewaan, harga begitu tinggi. Itu juga merupakan sifat iri tidak mahu melihat orang lain berjaya maka nilai sewaan begitu membebankan. Ada harga kedai mencecah 2k. Apalah sangat orang kita nak berniaga sampai harganya sebegitu? Maka terbiarlah kedai-kedai itu menjadi kosong tidak ada penyewa yang mampu. Kalau ada pun, ia akan silih berganti kerana tidak dapat bertahan lama dengan kos sedemikian. Ini semua melibatkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Di manakah penyelesaiannya? Sebenarnya ada dengan cara bertolak ansur dan bertimbang rasa erta tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Semua itu nadi kepada keharmonian. Jika teras tersebut tidak dijaga maka hancurlah jiwa rasa dek kecam dunia yang sarat noda. Jika ada orang kita berniaga sesuatu yang unik, sama-samalah sokong dan usah berusaha menjatuhkannya kerana perbuatan itu amat merugikan kita sendiri sedangkan kita sudah jauh ketinggalan.

Jangan sesekali kita berbangga dengan berhasad dengki kepada orang lain. Jika kita iri, hati kita sebenarnya sedang bermasalah. Ubatilah ia dengan Zikirullah kerana semua ini milik ALLAH.


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment