7 May 2016

Utama » » Dungun Bukan Ada Apa Pun?

Dungun Bukan Ada Apa Pun?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Sebuah tempat yang tidak indah? Tempat yang kurang menarik? Mungkin itulah pertanyaan yang berlegar di ruang minda kita. Atau juga sebagaimana tajuk artikel ini. Kalau berpuluh tahun dulu mungkin relevan untuk berkata sedemikian tetapi sekarang tidak lagi kerana terdapat pemikiran-pemikiran baru lahir dari erti pengalaman.

Idea-idea baru muncul bilamana warga Dungun dahagakan pembaharuan untuk santai dan rekreasi. Perubahan baru yang ketara kita lihat adalah pembangunan insfrastrukturnya. Walaupun Mall atau Hypermarket tidak terbina di sini tetapi warganya berasa sangat bertuah kerana memiliki pantainya yang cantik.

Cuma, saban waktu geografi pantainya kian berubah dek paras laut yang semakin meningkat sehingga menghakis rupa pantainya. Pembinaan benteng juga telah melenyapkan pantai. Semua itu terpaksa dilakukan bagi mengawal keadaan.

Walau bagaimanapun, kita masih ada lagi pantai. Hargailah pantai kita selagi kita masih dapat lagi melihat panorama tersebut. Apabila ia tiada kelak, maka kita akan kerugian. Dungun banyak tempat menarik, indah dan permai. Aktiviti santai masih boleh dilakukan di situ.

Orang Dungun nak pergi mana bila hujung minggu?

Kita boleh pergi ke mana-mana sahaja. Kita boleh bersantai di Arena Merdeka untuk beriadah dan bersukan, bersantai juga di Teluk Bidara, Bersantai di Pantai Kuala Abang, Di Pantai Sura, Di Pantai Paka. Tempat-tempat makan juga banyak terdapat di Dungun, tinggal pilih sahaja.

Siapa kata Dungun tak ada apa?

Orang yang kata Dungun tak ada apa adalah mereka yang tak tahu untuk menghargai apa yang ada. Mungkin juga tidak pandai menilai sesuatu yang berharga. Dungun tidak akan ada nama apabila tiada insan bersatu di dalamnya.

Siapa yang bersatu?

Kitalah yang menyedari sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Kita bersatu untuk membangun dan bukan untuk saling menjatuhkan. Maka itu segala idea atau rancangan dapat dijalankan dengan jayanya. Idea sahaja tidak cukup tanpa perlaksanaan yang rapi dan betul. Itu semua memerlukan kerjasama dari semua pihak agar sesuatu matlamat atau program dalam dilaksanakan.

Apa sahaja yang boleh dibuat di Dungun ni?

Banyak yang boleh dibuat di Dungun, khususnya Bandar Dungun. Berbuatlah sesuatu yang memberikan kebaikan kepada orang ramai nescaya akan menjadi tumpuan. Apa yang paling utama adalah toleransi dan bersatu padu. Tanpa semua itu memang tak jalan sesebuah misi dan visi.

Kalau ada penghalang, bagaimana?

Sesebuah kejayaan takkan datang bergolek. Cabaran dan halangan sentiasa ada pada sesebuah tempat yang sedang membangun. Untuk membuka mata dan minda mereka yang belum lagi terdedah amat sukar tetapi dengan bijaksana dan kewarasan akal serta budi bicara kita akan dapat melembutkan hati pihak-pihak yang dianggap batu penghalang. Itu semua akan berlaku bila terbukti ia dapat menarik minat orang ramai.

Persoalan-persoalan negatif tidak perlu dititikberatkan kecuali bila keadaan yang memaksa kita memikirkannya juga. Apa yang penting positifkan minda kita terlebih dahulu untuk membentuk hal yang baik.

Dungun memang ada apa-apa. Dungun memerlukan SUARA PERUBAHAN. Siapa yang ingin berubah? Kita semua yang mahukan perubahan mesti fikirkan bagaimana cara untuk melakukan hal yang baru dan yang belum diterokai.

Orang yang banyak pengalaman dan banyak membaca akan dapat berfikir idea yang bernas. Orang yang kurang membaca atau malas membaca, mereka akan mendapat kurang input atau maklumat. Jadi anda yang membaca artikel ini sampai habis merupakan salah seorang yang sedang untuk berubah, Syabas! - SD

p/s: Bertuah penduduk Dungun masih ada Pantai, boleh Santai Keluarga di Pantai Sura. Ada aktiviti main layang-layang dan memanah. Menembak juga ada, aktiviti jualan juga memeriahkan suasana.


IKLAN TAJAAN
HOTLINE : 019.939.3426


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Dungun Bukan Ada Apa Pun?
Designed By Suara Dungun