1 May 2016

Utama » » Gegar Festival Layang-Layang Gergasi

Gegar Festival Layang-Layang Gergasi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


DUNGUN : Festival layang-layang gergasi telah menggegarkan warga Dungun yang berkunjung ke Pantai Sura Tengah pada 29 April - 1 Mei 2016.

Santai Keluarga telah mengundang pelayang dari Johor. Turut bergabung tenaga pelayang dari Kuala Lumpur dan Selangor memeriahkan suasana pantai berkenaan. Festival tersebut berjaya menarik perhatian umum dalam aktiviti ini.

Selain itu, aktiviti jualan berlangsung meriah dan diucapkan tahniah kepada para peniaga yang memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak penganjur festival berkenaan (Suria Kites dan Assifu Archery)

Menurut Afiq Ehsan a.k.a Pelayang Afiq (Pemilik Suria Kites) berkata, "Kami berusaha untuk menghiburkan penduduk Dungun agar dapat bersantai di tepi pantai. Cuma, kami harap warga Dungun atau pengunjung dapat menjaga kebersihan sekitar supaya ianya terus terpelihara."



Kami di Suara Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang hadir pada festival yang telah berlangsung itu. Semoga setiap pengunjung terhibur.



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment