4 May 2016

Utama » » Betul Ke Kontraktor Kebersihan MPD Makan Gaji Buta?

Betul Ke Kontraktor Kebersihan MPD Makan Gaji Buta?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Anda terjumpa plastik beg sampah di tengah jalan, Anda marahkan MPD (Majlis Perbandaran Dungun) meleparkah tohmahan dan hinaan. Macam-macam perkataan keluar segelintir daripada kita yang tidak berpuas hati. Anda ternampak sampah berteraburan di pinggir jalan, MPD juga anda salahkan. Tidak terfikirkah anda ada di antara pembuang sampah sebelum membuangnya ada yang letak atas bonet untuk ke tempat sampah. Apabila terjatuh ada yang tak ambil semula? Begitu juga yang jenis terlupa, membiarkan sahaja sampai berteraburan. Bayarkan yang tercampak jatuh itu terdapat sisa kaca, botol atau apa-apa sahaja benda tajam? Bagaimana pula dengan penunggang motosikal yang terpaksa hadap perkara ini? Terlanggar, pancit taayarnya atau terbabas.

Tahukan anda, mereka (pihak MPD) bahagian kebersihan bersama kontraktor kebersihan bekerja 7 hari seminggu untuk memungut sampah yang kita buang tanpa mengira waktu. Mereka tetap sabar dengan karenah kita dengan bekerja lebih waktu. Apa salahnya kita turut sama-sama membantu mana yang perlu dengan tidak membuang sisa-sisa yang tak sepatutnya. Kerjasama ini dapat memudahkan kerja mereka. Ini tidak, bukan hanya sisa pepejal malah kayu serta batu turut disumbat ke dalam tong. Ini menyulitkan keadaan.

Sampah-sampah yang berteraburan di pinggir jalan pula kerja siapa? Biar gambar yang berbicara tentang bagaimana ia bermula.



Isu ini telah lama berbangkit tidak hanya di media sosial malah secara terbuka tetapi pemiliknya seolah-olah lepas tangan. Ia pasti lebih merumitkan jika tiada kerjasama.

Telah tiba masanya pihak MPD menangkap haiwan ternakan ini dan meminta pemiliknya membawa wang tebusan sebagai denda jika ingin haiwan berkenaan dikembalikan. Diharapkan kita tidak lagi menuding jari pada mana-mana pihak, sebaliknya kita perlu berkerjasama membantu menjaga keindahan alam ciptaan Tuhan.

Bagi ketua kampung pula minta tolong main peranan, barangkali penternak tersebut amat pentingkan diri sendiri sampai sanggup lepaskan ternakan dan ternakkannya makan tanaman orang dan menyusahkan orang awam, contohnya kambing. Isu ni dah lama sehingga sekarang masih terbiar. Cadangan lagi, jika membela haiwan tersebut elok dikurung dalan kandnag dan diberi makan di dalam kandang tersebut.

Artikel ini bukan nak menyalahkan mana-mana pihak tetapi renungkanlah kepentingan ramai supaya hak masing-masing terjaga. Jika berlaku kemalangan mulalah haiwan tersebut tidak bertuan. langsung tak mengaku kesalahan.

IKLAN TAJAAN:



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment