8 May 2016

Utama » » Orang Dungun Jangan Makan Siput Sedut!

Orang Dungun Jangan Makan Siput Sedut!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Dengan keperihatinan yang terlakar dalam jiwa-jiwa kami, di sini pihak SD nak pesan sangat-sangat pada pembaca blogsite ini khususnya orang Dungun supaya jangan mudah terpadaya dengan pujukan atau rayuan dsb menjurus ke arah skim cepat kaya.

Terlalu banyak sebenarnya penipuan sesama bangsa kita ini yang terlalu mementingkan diri sendiri. Begitu juga dengan pinjaman yang kononnya tanpa 'faedah' tetapi hakihatnya anda terpaksa bayar berlipat kali ganda.


Apabila ada yang meminta wang anda untuk dilaburkan dan menjanjikan pulangan lumayan, jangan mudah terpadaya, Itu bukan ajakan kaya tetapi sebenarnya ajakan derita yang akan melenyapkan wang anda untuk mengkayakan mereka.

Biarlah anda diberkati dengan pendapatan sederhana meskipun pantasnya anderenalin dalam diri diri anda setelah dipsiko dengan kata-kata sindiran. Semua itu adalah desakan yang anda sebenarnya tak nampak. Permainan psikologi oleh mereka yang berkepentingan ini akan melemahkan anda sekiranya anda tidak bersedia dari segi mental dan emosi.

'Siput Sedut' ini akan sedut wang anda sampai kering. Kalau anda nak melabur sangat, melaburlah pada perniagaan yang anda usahakan dan jangan terpedaya dengan pulangan terhadap skim cepat kaya yang datang kepada anda. 

Selain daripada itu, tidak lupa juga panggilan daripada pihak insuran yang akan menghubungi anda. Sebaik sahaja mendapat maklumat peribadi anda, contohnya mengenai akaun bank (Maklumat itu mungkin 'dijual' dari pihak yang tidak bertanggungjawab) mereka akan mengajak anda untuk join insuran dengan pelbagai helah supaya anda sertai dengan polisi yang tidak pernah tetap. Berhati-hati memilih syarikat insuran anda.

Berbalik pada skim cepat kaya tadi, tatkala anda sedang berusaha mencari sesuap nasi, tiba-tiba datang kawan anda cuba mempengaruhi anda, katakan padanya, 'Rezeki Ada Di Mana-Mana.' Kalau anda nak duit, kena berusaha. Berkerja keras dengan cara yang halal dan bukannyua kerja labur duit pada hal yang tak pasti. Itu SIPUT SEDUT yang terdesak.

Diharapkan sangat orang Dungun yang disayangi jangan letakkan diri kita pada tempat yang salah, kelak kita juga yang terngadah. Oleh itu bersama-samalah kita berpesan supaya penipuan ini tidak berleluasa.

Bagaimana nak kesan itu adalah 'SKIM CEPAT KAYA'?

Mudah! Bila melibat DUIT dan janji pulangan besar tersangat tidak munasabah serta tanpa ada perniagaan yang terbukti sedang dilaksanakan atau bukti-bukti kukuh yang lain, maka itu memang berunsur PENIPUAN.

Kalau tak join benda ni, tak kayalah kita! Jual kerepek pun tak boleh jadi kaya!

Nak kaya bukan senang, tetapi dipedaya dan terpadaya sangat senang.

Siapa kata jual kerepek tak leh kaya? Ada sindirin, "Sampai bila kau nak kerja macam ni? Tak kaya-kaya jugak aku tengok." Kalau itu yang terluah, mudah, "Asalkan HALAL dan berkah." Siapa yang nak bagi keberkatan pada kita? Renung pada hati dan jawablah, ALLAH Azza Wa Jalla.

Kita tidak perlu menjadi bijak pandai untuk menangkisnya, cukuplah dengan keyakinan kita REZEKI DATANG DARI ALLAH, lalu kita berusaha mendapatkannya dengan cara yang HALAL. Kalau kita dapat duit penindasan skim itu, hidup kita tiada keberkatan. ISTIDRAJ adalah ujian.


Dungun memang sedang membangun,
Tapi masih ada orang yang belum bangun
Tengok orang kaya sikit, sudah terpegun
Diajak join pelaburan, duit pun terpelantun
Sampai masa, wang jadi hangus rentung
ketika itu tak guna nak menangis meraung

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment