19 Jun 2016

Utama » » Bahaya Makan Daging Kambing, Agenda Yahudi!

Bahaya Makan Daging Kambing, Agenda Yahudi!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Elak diri dari makan daging kambing kerana ia penyebab panas badan, itulah saranan yang diberikan oleh mereka yang bergelar doktor. 

Ada juga doktor turut mengatakan kandungan lemak dan kolesterolnya adalah begitu tinggi dan akan mengakibatkan penyakit darah tinggi dan sakit jantung. 

Hakikatnya, daging kambing merupakan makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. Hal yang menjadi Sunnah Nabi sudah tentu ada kelebihannya. 

Oleh kerana Yahudi tidak senang melihat dan tidak mahu kita ikut sunnah Rasulullah S.A.W maka pelbagai kenyataan mereka keluarkan. 

Kenyataan sebenar, daging kambing banyak manfaat, memiliki khasiat dan juga kesan daripadanya sama ada kita makan atau digembala sehingga ia digelar sebagai terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik



Persatuan Jantung Amerika telah membuat kajian dan menyatakan bahawa daging kambing baik untuk mereka yang bermasalah jantung. Ini kerana daging tersebut mengandungi kualiti protien yang tinggi bersama nisbah kandungan lemak yang sihat.

Daging kambing lebih mudah dihadam kerena struktur molekulnya yang berbeza. I begitu sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bukan itu sahajaa, di dalam daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan mineral potasium yang rendah. Selain itu, dagingnya rendah kalori dan pejal berbanding daging lembu atau ayam tanpa kulit. Di dalam daging kambing mengandungi semua asid amino yang diperlukan.


Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing terkecuali daripada pembentukkan sebarang ikatan kolestrol yang disebakan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat. Ini adalah kerana kandungan protien di dalam daging tersebut adalah rendah.

Omega 3 yang terdapat dalam darah dapat mengelakkan ikatan kolestrol tepu namun Omega 3 tidak mampu menguraikan kolestrol yang sedia terbentuk. Cuma Ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar) sahaja dapat diuraikan oleh ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut). Jadi, hanya daging kambing sahaja yang dapat menguraikan kolestrol yang terbentuk dalam badan.

Pembentukan kolestrol menjadi lebih bahaya dengan penggunaan vitamin C dan chitosan. Pengunaannya untuk menyelaputi protien telah diserap oleh darah. Seandainya kolestrol tepu yang terkandung ini terdapat banyak dalam darah, maka ia membuatkan fungsi jantung menghadapi masalah.

Kolestrol tepu yang halus terbentuk hasil penggunaan Sodium. Ia bertindak untuk mengawet daging dan menyedapkan rasanya. Kaedah ini kebiasaanya digunakan untuk pembuatan daging burger. Selain itu, pemakanan yang tinggi protien hasil campuran perasa makanan, contohnya MonoSodium Glutamat (MSG) akan mengakibatkan pembentukkan kolestrol tepu yang begitu halus. Strok boleh terjadi apabila ia dipam naik ke sistem otak dan ia tersekat.

Dalam pengawetan daging dan penambah rasa, Sodium diperlukan. Penggunaannya pada daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok.


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti 



Kolestrol dalam darah merupakan punca penyakit darah tinggi dapat diuraikan dengan kolestrol kambing. Darah yang tercemar oleh kolestrol tepu akan turut terurai olehnya dan sekaligus akan meningkatkan ispadu darah. Gejala penguraian akan menyebabkan pening bagi pesakit darah tinggi. Ini kerana pemakanan daging kambing akan meningkatkan isipada darah.

Dinasihatkan agar pesakit darah tinggi tidak mengambil daging kambing sebagai terapi walaupun ia bertindak sebagai pembongkaran penguraian protien yang terbaik. Ini kerana pesakit darah tinggi tidak tahan dengan keadaan ini. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak bermasalah dengan tekanan darah tinggi amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan daging kambing ini bagi mengelakkan berlaku penyakit berkenaan.

Kegagalan pencernaan kolestrol oleh hati akan menyebabkan pembentukan lemak di bawah permukaan kulit. Masalah obesiti (kegemukan) akan dihadapi jika kandungan lemak bertambah. Kestabilan tekanan darah akan bermasalah serta pening kepala terjadi kepada mereka yang telah menghidap penyakit obesiti untuk mengamalkan pemakanan daging kambing. Ia adalah kesan pembongkaran kelestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, dengan memakan daging kambing maka lemak yang berlebihan dalam badan akan dibakar. Gejala pembongkaran seperti berpeluh, telinga berdengung dan panas badan akan berlaku akibat kesan daripada pembakaran lemak.


Mencantikkan Kulit

Di dalam daging kambing terdapat juga Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C ini begitu penting bagi ketahanan sel kulit dan pembinaanya. Kulit bertambah cantik dengan vitamin tersebut serta dapat menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu. 

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. 

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. 

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik. 


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan 

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang. 

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. 

Pergerakan jantung yang lancar akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). 

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan. 

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment