2 Jun 2016

Utama » » Duit Tanpa Produk

Duit Tanpa Produk

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Seringkali kita dengar tentang perniagaan tanpa produk. Duduk sahaja dapat duit, ya kan? Atau kadang-kadang kita dengar orang dapat tuah tiba-tiba sahaja jadi jutawan, kan? Atau mungkin kita buat derk tak tahu langsung tentang apa itu perniagaan. Setiap perniagaan atau apa yang kita niaga adalah melibatkan untung dan rugi.

Ada di antara kita yang ingin berniaga tapi tak tahu nak niaga apa. Belek-belek FB, kelih sahaja bisnes orang lain. Lebih kurang menjadi pemerhati yang berjaya. Namun, terselit di hati ingin memiliki sebuah perniagaan. Ya! Sesiapa sahaja boleh berniaga tetapi kena faham apa itu perniagaan. Ia melibat jual beli untung dan rugi seperi yang saya sebutkan di atas.

Nak jadi pakar dalam perniagaan? Tak perlu tunggu sampai esok, sekarang pun boleh dengan belajar dan terus belajar. Kalau kita tak kutip pengalaman, sampai bila-bila pun kita takkan faham dan berhati-hati. Nak kaya cepat? Main skim cepat kaya lepas tu diperdaya, kan? Mana ada peniagaan dalam dunia ni tak ada produk? haaa sebenarnya ada perniagaan yang tak menggunakan produk tapi guna air liur sahaja contohnya ( apabila anda hadir di dalam satu program motivasi. Adakah anda mempraktikkan apa yang anda pelajari? Tidak? Adakah anda fikir yang situasi seseorang tidak sama dengan orang lain. Anda silap. Program motivasi hanya satu cara untuk anda mengetahui selok belok perniagaan. Apa yang perlu dilakukan adalah bangun dan binalah pengalaman itu. Kerana pengalaman merupakan emas di dalam kehidupan seseorang.

Namun perlu berhati-hati apabila menceburi bidang perniagaan, Fikir kebarangkalian antara berjaya dan gagal, Baik dan buruk.) pakai motivasi yang dibayar untuk membasuh pemikiran anda supaya cerdas dan aktif. Tetapi, sekiranya anda tidak langsung mempraktikan apa yang dipelajari nescaya ia merupaka satu kerugian yang amat besar dalam diri anda sendiri.

Wajib ada ILMU, nak duit tanpa produk susah orang nak percaya, kena ada apa yang dijual, ilmu juga satu produk yang boleh dijual dalam bentuk digital atau pun lisan. Sebab itu ada di kalangan kita yang berkongsi ilmu dalam bentuk buku, dijual untuk dijadikan pendapat pasif. Anda pun boleh, bina satu perniagaan yang memberikan kepuasan. Jangan berniaga sekadar ikut-ikut orang nanti karam.

AWAS!!! DUNIA PERNIAGAAN ADA RISIKO!

Apa yang pasti, ia datang bersama cabaran, kalau kita tunduk pada keadaan maknanya kita belum siap untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Keadaan yang negatif selalu berlaku bila mana muncuk hati-hati hitam yang dengki.

APA YANG PERLU DIBUAT?

Lakukan yang terbaik pada perniagaan, jangan biarkan kata-kata nista berbau hasad meracuni pemikiran anda. Semua itu akan melingkupkan anda sekiranya anda terus berfikir dan berfikir kata orang lain terhadap apa yang sedang anda usahakan. Dengar boleh tetapi jangan terlalu emosional sehingga membebankan otak.

DARI MANA AURA POSITIF DATANG?

Ia datang bersama orang-orang yang positif, maka berkawanlah dengan mereka yang positif agar kita pun jadi positif dan itulah kualit yang terbaik.

P/s : ilmu mesti dituntut kalau tidak mahu hidup terbantut

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Duit Tanpa Produk
Designed By Suara Dungun