11 Jun 2016

Utama » » Dulu Nelayan Jual Sendiri Hasil Tangkapan

Dulu Nelayan Jual Sendiri Hasil Tangkapan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Dahulu para nelayan akan menjual sendiri hasil tangkapannya. Sekitar tahun 80an - 90an di Dungun ini di tepi pantai kita dapat diperhatikan ramai para nelayan berniaga. Harga juga boleh dikatakan murah kerana masing-masing inginkan hasil tangkapan itu habis dijual. Mereka tidak berasa kerugian namun kini, apabila ada orang tengah, harga ikan mula melambung. 

Begitu jauh perbezaan setelah pihak tengah ada yang mengambil kesempatan terutama sekali musim puasa dan perayaan Aidilfitri. Ramai pembeli atau pengguna merungut dengan kadar harga yang luar biasa itu. Itulah yang terjadi di Pasar Besar Dungun.

Ada juga pelayan menjual harga yang murah pada pemborong namun apabila sampai pada pemborong, ada juga dikalangan mereka menjual pula pada pengguna dengan harga yang tidak sepatutnya. Beginilah yang berlaku sekiranya seseorang pemborong mementingkan keuntungan semata-mata maka harga akan meningkat sehinggalah ia membebankan pembeli. 

Hal ini tidak lagi asing bagi warga Dungun yang terkenal dengan MAHAL barang-barang walaupun berpendapatan kecil setiap bulan. Mungkinkah naik taraf sesuatu daerah menjadikan segala-galanya mahal? Di manakah pihak berkuasa bagi memantau dan membendung permasalahan ini? Bersamalah kita renungkan...

Pasar Besar Dungun




Foto : Zaeng

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment