21 Jun 2016

Utama » » Expo Ramadan Sura Gate Orang Sekadar Survey

Expo Ramadan Sura Gate Orang Sekadar Survey

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Tinjuan dibuat, keadaan di tapak Expo Ramadan Sura Gate agak lengang dengan pembelian. Memang pengunjung hadir tetapi sekadar survey dan tidak membeli apa-apa barangan. Barangkali menunggu penghujung Ramadan barulah dibeli apa yang patut tetapi anda jangan terlalu yakin bahawa barang yang dijual akan diberikan diskaun berlebihan memandangkan harga tapak sewa dicaj kepada peniaga begitu tinggi.

Anda juga perlu tahu bahawa kita dibebani dengan GST, pada penghujung Ramadan menjelang Syawal baru anda ingin mendapatkan persiapan raya maka anda akan menjadi seorang yang 'terpaksa' membeli dan begitu kelewatan.

Pilihan di tangan anda sendiri untuk berjimat atau pun mempunyai perancangan pembelanjaan yang efektif. Selain daripada itu, anda perlu menjadi seorang yang berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan keadaan. Di dalam waktu sekarang ramai orang terdesak untuk 'survive' dalam kehidupan. 'Kuasa Pembeli' masih mundur kerana cukai dan desakan hidup.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment