20 Jun 2016

Utama » » GST Setia Di Dungun

GST Setia Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

KERANANYA kita bertengkar dan kerananya kita berduka. Dungun sudah sedia terkenal dengan mahal dan kos sara hidup yang tinggi, kuasa pembeli juga rendah dibebani pula dengan cukai GST maka semakin melambung tinggi membuatkan tekanan hidup dan desakan juga semakin memuncak.

Setiap warga yang kurang berkemampuan mula berasa terdesak untuk meneruskan kehidupan maka akan membina perniagaan demi perniagaan tanpa ada kaji selidiknya dahulu. Ini menjadikan Dungun semakin tidak seimbang dek sistem yang tidak beres. Bermula dengan sewa sehinggalah dengan kos yang lain-lainnya menjadi satu mimpi ngeri.

Jika dahulu ada pasaraya yang dapat menampung pembelian barang contohnya Mydin kini tiada lagi. Ini menambahkankan keluh resah kita terhadap tekanan hidup. Penghuni Dungun terpaksa 'catu' pendapatan mereka untuk makan sahaja tanpa ada aktiviti-aktiviti lain dapat dilakukan seolah-olah nilai sejagat luntur.


KENAPA DUNGUN MAHAL MAKANAN DAN KOS SARA HIDUP?

Telahan dibuat, sikap mementingkan diri sendiri dari pihak atasan, begitu juga dengan pihak kedua yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Ini menjadi pihak seterusnya menjual produk pada harga yang tinggi. Terdapat banyak faktor ini merupakan faktor utama kesan cukai GST yang dikenakan oleh kerajaan.


Bermula dari bahan mentah seperti ikan, daging, sayur dll, harga tidak dikawal dan semuanya main ikut suka hati tanpa memikirkan kesan akan datang. Begitu juga nilai sewa premis-premis perniagaan, lot-lot kedai yang mencanak tinggi. Siapa yang mampu?


DI MANA KESUDAHANNYA?

Selagi wujud ketirisan dan hilangnya tanggungjawab serta rendahnya nilai intergriti seseorang induvidu yang berkepentingan peribadi maka ekonomi orang lain akan terus menjunam.



APA TINDAKAN KITA?

Kehidupan mesti diteruskan, jaga hubungan dan saling faham memahami. Berniaga jangan saling dengki mendengki, jauhlah sifat itu. Orang atasan atau pihak berwajip patut beri kelonggaran kepada peniaga kecil untuk bertapak. Kalau ekonomi rumah tangga stabil, tak adanya orang terdesak nak berniaga benda yang hanya boleh untung seposen dua ni. Itupun kalau untung, bagaimana dengan kos pembelian bahan? Semuanya perlu diambil kira.


SIKIT-SIKIT NAK SAMAN, NAK KOMPAUN

Ini lagi satu penyakit, ini satu muslihat untuk merompak wang rakyat. Sepatutnya pihak berwajib bantu dan bukannya menyelam sambil minum air. Rakyat sudah terdesak, semakin hari semakin meruncingkan. Bimbang nanti 'amukan' berlaku dan bertengkaran terjadi, ia akan memalukan tempat kita sendiri.

Sama-sama cari makan. cuma jurang peniaga dan orang makan gaji memang jauh bezanya. Jadi kena faham kenapa orang nak berniaga, makan gaji pun belum tentu cukup untuk selesa. Harus memahami kesusahan rakyat pada hari ini yang banyak hal terpaksa ditanggung.

Dungun nak kejar kemajuan, rakyatnya kemunduran. Sesebuah tempat itu maju bukan kerana pembangunan itu dan ini semata-mata tetapi kerana pengaliran wang yang berterusan terhadap menjana ekonomi setempat. Kuasa pembeli sangat rendah di tempat ini maka aliran duit tak mampu memberikan apa-apa impak positif maka jadilah lambakan peniaga tanpa tarikan.

KESIMPULAN


Perkara ini mesti diselesaikan oleh pihak pentadbiran Negara.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: GST Setia Di Dungun
Designed By Suara Dungun