4 Jun 2016

Utama » » Hati-Hati Bomoh Temberang

Hati-Hati Bomoh Temberang

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Ironinya ilmu hitam dan sihir tidak berkalih dari masyarakat Melayu. Golongan yang berkepentingan seringkali mengunakan khidmat bomoh atau pawang tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan datang. Begitu juga dengan penggunaan pelaris. Keadaan ini berlaku seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang setiap perbuatan keji.

Ada juga peniaga menggunakan cara ini iaitu cara melariskan jualan dengan mengamalkan sesuatu yang diberitahu oleh bomoh-bomoh temberang. Tidak terkecuali mereka yang menjadi bomoh 'ahli silap mata' yang kononnya berjaya menemui 'saka' yang ditanam lalu mengenalkan caj yang tinggi bagi setiap botol ditarik keluar dari perut bumi.

Cuma ada satu, tipu muslihat jin dan syaitan untuk menyesatkan umat manusia khususnya umat Islam yang percaya pada hal-hal sedemikian. Hakikatnya, perkara tersebut tidak perlu. Dalam perniagaan, pelaris yang unggul adalah daripada ayat-ayat Al-Quran yang diamalkan dan dibacakan setiap hari.

Jangan bazirkan waktu dan wang anda untuk bomoh-bomoh temberang yang akan melatakkan seseorang atau induvidu yang lain sebagai kambing hitamnya agar anda menyalahkan orang tersebut yang kononya, "Si polan, si polan itulah yang menyihir kamu." kata bomoh itu, lantas anda pasti akan menaruh syak wasangka yang begitu dalam. Bukankah hal ini akan menyebabkan permusuhan? Inilah ia sikap bomoh temberang.

Sedarlah, ada kalahnya kita jadi sakit kerana khifarah dosa lalu. Renungkanlah, kalau kita mengamalkan hal yang tidak baik maka hal yang tidak baik juga akan bertandang dalam kehidupan kita nanti.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Hati-Hati Bomoh Temberang
Designed By Suara Dungun