12 Jun 2016

Utama » » Kisah Wujudnya Daerah Dungun

Kisah Wujudnya Daerah Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Nama Dungun diambil sempena terdapatnya banyak pokok dungun di tepi Sungai. Ini kerana Dungun asalnya dikatakan berada di tepi Sungai Dungun iaitu dari muka sungai hingga ke Hulu Sungai di pedalaman daerah ini.

Tiada catatan sejarah yang menunjukkan tarikh sebenar pembukaan Daerah Dungun, tetapi diyakini Daerah Dungun telah lama didiami. Mengikut catatan dalam Buku Sejarah Darul Iman yang ditulis oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Salleh Awang (Misbaha), menyatakan “Di dalam Syair Jawa Negara Kartagama yang dikarang pada tahun 1363 oleh seorang penulis Jawa yang menjadi sami Buddha bernama Prapanca ada mengatakan pada masa ini (1365 Masihi) Terengganu serta Daerah Dungun tertakluk di bawah jajahan Kerajaan Majapahit.”

Menurut Mubin Sheppord di Journal Malaya Branch Asiatic Society Vo. XXII Part 3 pada pertengahan abad ke-14 Masihi, Dungun telah pun wujud bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit, dengan ayat berbunyi “This list, which was prepared in 1365 in the Negara Kretagama inckudes not only Terengganu but also Paka and Dungun two rivers in the South of States which in modern times can boast nothing larger than fishing village.”

Mengikut tulisan Wan Derahim Mohamad, mantan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (1981 – 1987) dalam kertasnya “Dungun Satu Kajian Awal dan Peristiwa Darurat” sempena Pameran dan Seminar Sejarah Terengganu II pada 3 dan 4 Ogos 1983, berdasarkan kajian dan penemuan barang-barang purba di Hulu Dungun seperti gelang batu, patung binatang yang diperbuat daripada batu asli, kapak batu dan senjata-senjata lama, maka tidak syak lagi bahawa Dungun telah diterokai oleh manusia sejak Zaman Batu Akhir (200 – 300 tahun sebelum Masihi).

Pada masa dahulu juga pedalaman Hulu Dungun hingga ke Tembeling, Pahang telah wujud sebuah kerajaan Melayu Tua dan rajanya bersemayam di Hulu Pahang dipercayai Kota Gelanggi). Berdasarkan pernyataan ini terbukti Daerah Dungun telah lama wujud dan bertamadun, apatah lagi kewujudannya pada tahun 1365 masihi merupakan salah sebuah daerah yang tertakluk di bawah jajahan Majapahit.

- Rekod daripada Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment