13 Jun 2016

Utama » » Orang Dulu Jual Air Batu

Orang Dulu Jual Air Batu

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


IMBAS KEMBALI….. Suasana ketika air batu (ais) dijual di dalam tong kayu atau besi sebelum tahun 1980. Terdapat juga ais yang dibawa dalam tong yang diletak di pelantar basikal atau kereta tolak. Suasana ini banyak dilihat pada bulan Ramadan.

Apabila terdapat orang hendak membeli, tong diangkat turun dan ais ketul pun diangkat keluar dari tong. Masa itu dapat dilihat dalam tong di mana ais disimpan, penuh dengan habuk kayu ataupun sisa kayu yang diketam. Gunanya habuk atau sisa kayu ialah untuk melambatkan proses pencairan ais yang disimpan dalam tong itu.

Ketulan ais berukuran ½’ x 2’ itu dipotong menggunakan gergaji mengikut saiz yang diminta sama ada berharga 10 sen atau 20 sen. Setelah harganya dibayar, ais dibungkus di masukkan ke dalam plastik atau dibungkus dalam kertas surat khabar untuk dibawa balik.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Orang Dulu Jual Air Batu
Designed By Suara Dungun