24 Jun 2016

Utama » » PAKA : 19 Orang Keracunan Makanan Selepas Makan Juadah Di Bazar Ramadan

PAKA : 19 Orang Keracunan Makanan Selepas Makan Juadah Di Bazar Ramadan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Setiap pengunjung bazar Ramadan mengharapkan
juadah yang dibeli bukan sahaja berbaloi dengan harga,
malah enak dan tidak memudaratkan. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU : Seramai 19 orang dilaporkan mengalami cirit-birit dan muntah selepas menikmati makanan yang dibeli di sebuah gerai di bazar Ramadan Paka, semalam.

Dalam kejadian itu, lima orang dimasukkan ke wad Hospital Dungun, manakala seorang dimasukkan ke Kuantan Medical Centre.

Seorang mangsa, Rohani Muda, 31, mengesyaki dia terkena cirit birit selepas membeli dan memakan puding buih yang dibeli oleh suaminya di bazar berkenaan petang Selasa lalu.

Katanya, dia yang menikmati hidangan tersebut ketika berbuka puasa agak pelik apabila susu puding itu lebih pekat daripada biasa.

"Saya makan seperti biasa tanpa mengesyaki apa-apa dan kira-kira pukul 1 pagi semalam, perut saya memulas-mulas menyebabkan saya beberapa kali ke tandas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, akibat sakit perut dan muntah yang berterusan beliau telah ke klinik swasta dan diberikan ubat namun keadaan itu berterusan menyebabkan suaminya membawa beliau ke Kuantan Medical Centre pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, suami mangsa Norhisham Manap, 36, terkejut selepas mendapati pembeli puding buih di bazar yang sama turut mengalami keracunan makanan seperti isterinya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah mengambil sampel makanan terbabit untuk dianalisis. - sumber astroawani

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment