18 Jun 2016

Utama » » Perlu Ke Mini Bazar Raya Di Dungun?

Perlu Ke Mini Bazar Raya Di Dungun?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Usaha seorang anak muda untuk membangunkan sebuah mini bazar telah memberikan satu impak yang positif. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan namun niat murninya untuk membantu peniaga dan pengunjung patut dipuji.

Disaat bazar-bazar besar sedang berperang dengan harga dengan jualan mahal mereka, mini bazar pula tampil dengan harga yang jauh lebih murah dengan produk yang sama kualitinya malah lebih baik lagi. Seperti artikel sebelum ini [link] telah menceritakan bagaimana harga barang menjadi mahal.

Tidak semua orang mampu membeli produk yang melambung tinggi harganya memandangkan sumber pendapatan sekadar cukup makan sahaja, itulah yang berlaku pada hari ini di daerah tercinta ini.

Jikalau dulu, sebelum Dungun naik taraf sebagai perbandaran, harga barang masih boleh didapati pada harga yang murah, namun setelah ia dinaik taraf, bebanan dan kos sara hidup mula melambung. Banyak tempat-tempat yang dikenaikan cukai seperti dibinanya parkir berbayar sedangkan aliran masuk tidak menjana ekonomi yang setimpal. Barangkali khabar tidak seindah rupa.

Dalam isu ini, pihak berwajip ada jawapannya. Di bulan Ramadan yang mulia ini juga, si anak muda ini terus berusaha dan berusaha memberikan sesuatu kepada warga Dungun untuk membeli belah pada harga yang berbaloi.

Anda boleh berkunjung ke pusat bazar yang berada bersebelahan dengan Kamdar lama berhampiran dengan bazar besar Sura Gate. Bersamalah kita menyokong dan saling bantu membantu atau hubungi terus Encik Redzuan di talian 013-2994914

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment