8 Jun 2016

Utama » » Rahsia Bukit Tebuk Dungun

Rahsia Bukit Tebuk Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Bukit Tebuk merupakan salah satu monumen sejarah yang masih kukuh dan utuh. Disiapkan pada tahun 1930 setelah mengambil masa selama 4 tahun untuk dibina. Terowong di bukit ini dibina sebagai laluan kereta api yang membawa bijih besi dari Bukit Besi ke Sura Gate. Setelah laluan ini tidak lagi digunakan oleh kereta api, jalannya diturap untuk memudahkan penduduk setempat menggunakan laluan ini.

Terowong Bukit Tebuk ini sering dikunjungi oleh pelancong, pelawat, pengkaji sejarah, pelajar dan orang ramai untuk menyaksikan keunikan dan keagungan seni binanya yang mempunyai keunikan tersendiri hasil rekaan arkitek Jepun.

Bagaimanapun kerja-kerja penerokaan dan pengambilan tanah oleh pihak tertentu berhampiran terowong bukit bersejarah ini dibimbangi akan menghakis dan merosakkan monumen sejarah ini. sumber RSD


Keadaannya kini jauh berbeza
p/s : Belajar dari sejarah, tanpa sejarah, manusia akan mengulangi kesilapan yang semakin parah

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Rahsia Bukit Tebuk Dungun
Designed By Suara Dungun