5 Jun 2016

Utama » » Tak Puas Hati Dengan PM!

Tak Puas Hati Dengan PM!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Terdapat segelintir pengguna tidak bepuas hati terhadap peniaga online khususnya membabikan isu PM (Private Messegge). Ketidakpuasan itu disuarakan melalui ruang maya ini. Hal sedemikian berlaku disebabkan harga tidak diletakkan atau juga mengenai cara untuk mendapatkan sesuatu produk yang dipromosikan tidak dinyatakan secara terperinci.

"Kalau tak letak harga, memang susah kita nak tahu, mereka main harga." Keluh pengguna. Namun lain pula pendapat yang dinyatakan oleh peniaga online, "Isu harga dalam perniagaan online tidak dapat lari dari persaingan. Jadi untuk  mengelakkan hal sedemikian berlaku maka harga tidak dinyatakan secara khusus sebaliknya melalui perbualan peribadi (PM), Jadi, kalau nak tahu harga atau caranya, sila PM, tak susah pun. Itulah cara untuk menarik minat orang untuk tahu." Ujar salah seorang peniaga online.

Jadi isu ini dikatakan sudah lapuk untuk dibahaskan namun kesannya amat mendalam bagi yang tidak faham mengenai dunia perniagaan dan kepenggunaan. Walau bagaimanapun terserah kepada bakal pembeli atau prospek itu sendiri untuk menilainya.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Copyright © 2014. Suara Dungun: Tak Puas Hati Dengan PM!
Designed By Suara Dungun