18 Jun 2016

Utama » » Tanjung Gadong Dungun Masih Wujud Ke?

Tanjung Gadong Dungun Masih Wujud Ke?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



DUNGUN : Bagaikan satu kehidupan riang tiba-tiba diragut dengan kekecewaan dalam sekelip mata. Dahulu di Hutan Lipur Tanjung Gadong menjadi satu tarikan buat pengunjung. Mereka yang hadir ke sini berpeluang untuk menikmati panorama hutan dengan menelusuri laluan di bukit ini. Tetapi tangga yang berada di bukit berkenaan kini sudah tiada lagi.

Selain itu, pernah terdapat jambatan yang menghubungi laluan ke seberang sana yang dipisahkan oleh muara. Namun kini ia sudah tiada lagi sudah roboh akibat arus sungai yang deras sewaktu musim bah dahulu.

Belum ada tanda-tanda untuk dibangunkan semula kawasan ini yang pernah gah suatu ketika dahulu. Pihak pentadbiran pula seolah-olah memandang sepi perkara tersebut. Aktiviti riadah dan santai bersama keluarga bagaikan tidak lagi dititikberatkan. Sebahagian besar kawasan ini kelihatan muram dan suram selepas kehilangan kedua-dua laluan penghubung itu.

Jadi, apa lagi yang tinggal di Dungun? Dahulu ia hanya bergelar daerah, insfrastrukturnya diambil cakna, frasarananya juga dijaga tetapi lihatlah kini setelah ia berstatus bandar segalanya bagaikan terbiar usang.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment