18 Jun 2016

Utama » » Tercekik Harga Dek Sewa Tinggi

Tercekik Harga Dek Sewa Tinggi

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : "Mana nak cari barang murah?" Maaf barang murah tiada di Dungun kerana taraf hidup di tempat ini kian meningkat. Itu sahaja rumusan yang dapat dibuat oleh kita sebagai penduduk setempat.

Sehubungan dengan itu, kos sewa premis-premis perniagaan turut menyumbang kepada kenaikan harga barang. Melihat di tapak expo Ramadan pula, harga sewa setiap kanopi mencecah 3k lebih. Rentetan itu ia memberikan kesan pada pengguna atau pembeli. Golongan peniaga terpaksa menampung dengan menjual barangan mereka pada harga yang lebih tinggi. Oleh sebab itu proses tawar menawar tidak berlaku.

Selain itu, ada juga golongan peniaga mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tinggi semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa mengira kesannya di masa akan datang.

Keadaan ini akan terus berleluasa dan sukar dibendung jika ia tidak diambil tindakan yang sewajarnya. Peniaga-peniaga kecil hanya mampu berniaga di tepi-tepi jalan sahaja itu pun masih belum stabil dan masih tiada jaminan. Bagaimana jika mereka tidak diberi kelonggaran untuk berniaga oleh pihak tertentu? Maka demikian, kehidupan di sini semakin hari bertambah buruk.



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment