12 Jun 2016

Utama » » Tips Untuk Berjimat Di Bulan Ramadan

Tips Untuk Berjimat Di Bulan Ramadan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Saat Ramadan tiba kita meraikannya dengan penuh rasa bangga kerana ia merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menyambutnya. Di bulan yang mulai ini merupakan bulan yang penuh barakah dan segala amalan baik yang dilakukan memberikan berlipat kali ganda pahalanya.


Ramadan mengajar kita untuk berjihad melawan nafsu. Banyak hal yang boleh dilakukan namun saat untuk berbuka, penuh atas meja. Makanan terlalu banyak menyebabkan kita rambang mata dan berlaku pembaziran.

TIPS MENGELAKKAN PEMBAZIRAN


PERTAMA - Jangan ikut sangat nafsu nak makan, tengok kuih muih di bazaar terus nak sambar. Istighfar banyak-banyak.

KEDUA - Sebelum nak pergi bazaar, rancang dulu nak beli apa. Jangan bawa duit banyak sangat dalam wallet tu, buat percatuan sikit. Bukan nak kedekut tetapi itu untuk peringatan.

KETIGA - Jangan selalu beli makanan di luar, kalau boleh ada yang masak sendiri. Kalau hari-hari beli memang boleh pancit. Bajet-bajetlah.

KEEMPAT - Banyakkan bersedekah, ini yang jarang orang nak buat. Bila kita bersedekah ia sebenarnya bukan pengurangan tetapi ia satu peluang untuk kita buat kebajikan dan menambahkan ganjaran pahala asalkan kita ikhlas.

KELIMA - Beli apa yang perlu sahaja, seperti yang KEDUA tadi, rancang dulu. Bila rasa nak beli dan memang tergila-gila nak beli, amalkan tips yang KEDUA juga, bawa sikit sahaja duit. Di Bazaar tu memang banyak dugaaan, jaga mata tu, hehe...

Itu sahaja perkongsian SD untuk anda. Apa yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita buat sempadan. Semoga bermanfaat.

'Membazir itu amalan syaitan.'

'Berjimat cermat untuk perancangan masa hadapan'

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment