10 Jun 2016

Utama » » Tips Untuk Buat Lauk Jadi Banyak

Tips Untuk Buat Lauk Jadi Banyak

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Untuk memasak pelbagai jenis lauk memang sukar kerana kekangan waktu untuk berbuka tidak lama kemudian. Siapa yang tak nak ada pelbagai lauk kan? Boleh dikatakan kita dapat tengok banyak pilihan depan mata.

Kalau kita fikirkan, buat apa nak lauk banyak-banyak ni? Bukan ke membazir? Itu kalau kita tak makan, memang ia jadi suatu pembaziran. Namun, sekiranya lauk yang kita ada itu cukup, maka tidak salah.

Kenapa orang dulu boleh hidang banyak lauk berbanding orang sekarang? Dahulu dan sekarang banyak bezanya terutama sekali di bulan Ramadan yang mulia ini.

Dahulu orang punya semangat muhibbah, sekarang ni ramai yang rebah. Dahulu orang punya semangat kejiranan, sekarang orang suka buat hal berasingan. Dahulu orang senyum semedang, sekarang buat apa pun dah tak pandang.

Okey, berbalik pada tips tadi, senang sahaja untuk buat lauk di atas meja anda jadi banyak, salinglah bertukar-tukar lauk dengan jiran, kalau orang itu masak sambal ayam, boleh kita tukar sedikit dengan lauk tempoyak kita ni, senangnya orang dahulu hidup berjiran dan saling tolong menolong.

Bukan nak meminta sedekah tapi untuk saling muafakat, itukan salah satu cara untuk merapatkan silaturrahim sesama kita. Tak adalah kita ni tak langsung ambil tahu pasal jiran. Orang ni kalau kita buat baik, bertambah segan jadinya. Cubalah kalau tak percaya, tengoklah orang dulu hidupnya macam mana, itupun kalau dapat merasakannya.

Sekian perkongsian untuk kali ini di SuaraDungun.Com. Untuk mendapat banyak info terkini, terus saja LIKE Page FB kami -=> SUARADUNGUN.COM

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment